Laluan Ui–Sinseol Kereta Api Ringan Seoul, lebih dikenali sebagai Laluan Ui atau LRT Ui ialah alihan laju ringan yang menjadi sebahagian daripada sistem Kereta Api Kawasan Ibu Negara yang telah dibuka pada 2 September 2017.[3] Berada sepenuhnya di bawah tanah,[1] laluan sepanjang 11.4 kilometer ini merentang dari Bukhansan Ui di daerah Dongdaemun hingga ke Sinseol-dong di utara Seoul.
Laluan kereta api ini menggunakan 36 kumpulan kereta api yang dibina oleh Rotem, di mana setiap kumpulan terdiri daripada 2 buah gerabak dan beroperasi tanpa pemandu.[1][2][4]