Kuih bangkit merupakan sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung gandum dan tepung sagu[1] . Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. Rasanya yang manis menarik minat kanak-kanak.
Resipi
Bahan-Bahan:
- 2 cawan tepung ubi
- 2 cawan gula
- 2 biji kelapa (diambil pati santannya)
- 5 biji telur ayam 1 paket tepung sagu
- Sedikit serbuk penaik
Cara penyediaan
Tepung ubi dan tepung sagu di ayak bersama dengan serbuk penaik, kemudian gaulkan sehingga sebati. Masukkan santan, telur dan gula dan dipukul sehingga kembang. Masukkan tepung kedalam adunan santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Terapkan dengan acuan. Bakar dengan suhu yang sederhana sehingga masak.
Rujukan
Pautan luar
|
Kandungan rencana ini berkait dengan makanan.
|