Krepuskul

Kelip-kelip, sejenis kumbang krepuskul
Photuris lucicrescens

Krepuskul merupakan istilah yang mencirikan haiwan-haiwan yang paling aktif pada waktu senjakala, iaitu subuh atau senja.[1] Istilah ini berasal dari bahasa Latin, yakni perkataan crepusculum yang bermaksud "senjakala."[1] Oleh itu, krepuskul terletak antara diurnal dan nokturnal. Haiwan krepuskul juga boleh aktif pada waktu malam yang disinari cahaya bulan yang terang. Banyak sekali haiwan yang dianggap sebagai nokturnal, tetapi sebenarnya krepuskul.[2] Krepuskul juga terbahagi kepada dua iaitumatutinal (jaga subuh) dan vespertin (jaga senja).

Pola aktiviti haiwan krepuskul disangkakan sebagai langkah adaptasi anti-pemangsa. Sebilangan besar haiwan pemangsa paling giat berburu-buru pada waktu malam, manakala pemangsa-pemangsa yang lain pula aktif pada tengah siang dan paling jelas penglihatannya dalam sinaran matahari. Oleh itu, tabiat krepuskul ini mungkin membantu mengurangkan terdedahnya kepada pemangsa. Lebih-lebih lagi, di kawasan panas, ini mungkin menjadi cara menghindari tekanan bahang sambil memanfaatkan cahaya yang masih ada.

Pungguk Bertelinga Pendek

Antara haiwan-haiwan krepuskul utama termasuk spesies mamalia yang dikenali ramai, iaitu kucing, anjing[3], arnab, feret, tikus belanda, dan rusa. Serangga yang krepuskul pula termasuk rama-rama, kumbang, lalat, dan sebagainya.

Sesetengah spesies berjaga senjakala ini cenderung berjaga pada waktu lain ketika tiadanya pemangsa di sekitar. Misalnya, Burung Pungguk Bertelinga Pendek adalah krepuskul di sesetengah pulau Galápagos yang mempunyai spesies buzzard, tetapi diurnal di pulau-pulau tanpa buzzard.

Rujukan

  1. ^ a b Winn, Philip (2001), Dictionary of Biological Psychology, Taylor & Francis, m/s. 194, ISBN 0415136067
  2. ^ [1]
  3. ^ The ecology of stray dogs: a study of free-ranging urban animals By Alan M. Beck p.12