Kimpalan arka tungsten gas (GTAW, bahasa Inggeris: gas tungsten arc weldingcode: en is deprecated ), juga dikenali sebagai kimpalan gas lengai tungsten (TIG), ialah proses kimpalan arka yang menggunakan elektrodtungsten tidak pakai habis untuk mengeluarkan kimpal. Kawasan kimpal dan elektrod dilindungi daripada pengoksidaan atau pencemaran atmosfera lain oleh gas perisaianlengai (argon atau helium). Logam pengisi biasa digunakan, namun beberapa kimpalan, dikenali sebagai kimpal autogen, atau kimpal lakuran tidak memerlukannya. Apabila helium digunakan, ini dikenali sebagai kimpalan heliarka. Bekalan kuasa kimpalanarus malar mengeluarkan tenaga elektrik, yang dijalankan di arka melalui turus gas terion tinggi dan wap logam dikenali sebagai plasma. GTAW paling biasa digunakan untuk mengimpal bahagian nipis keluli tahan karat dan logam tidak ferus seperti aloi aluminium, magnesium, dan kuprum. Proses tersebut memberikan pengendali kawalan yang besar ke atas kimpal daripada proses bersaing seperti kimpalan arka logam berperisai dan kimpalan arka logam gas, membenarkan untuk logam lebih kuat dan bermutu lebih tinggi. Walau bagaimanapun, GTAW secara perbandingan lebih kompleks dan sukar memperoleh kecekapan, dan lagi, ia nyata sekali lebih perlahan daripada kebanyakan teknik kimpalan yang lain. Proses yang berkaitan, kimpalan arka plasma, menggunakan tunu kimpalan untuk mencipta arka kimpalan yang lebih tertumpu dan akibatnya kerap berautomatik.[1]
Watkins, Arthur D.; Mizia, Ronald E (2003). "Optimizing long-term stainless steel closure weld integrity in DOE standard spent nuclear canisters". Trends in Welding Research 2002: Proceedings of the 6th International Conference. ASM International.