Ikan Kelisa Emas (Golden Arowana atau Asian Bonytongue)[1] nama sainsnya, Scleropages formosus. Juga dikenali sebagai Ikan Siluk Merah di Indonesia. Terdapat juga Ikan Kelisa Emas Indonesia ("Scleropages aureus") .
Ikan ini adalah tempatan di Asia Tenggara; ikan Kelisa Emas mendiami sungai air hitam, sungai mengalir perlahan melalui paya dan tanah basah. Ikan dewasa memburu ikan lain sementara ikan anak memakan serangga.[2]
Ikan akuarium popular ini memiliki kepentingan budaya di kawasan yang dipengaruhi budaya Cina. Nama "ikan naga" yang juga diberikan kepada ikan ini berasal daripada persamaannya dengan naga Cina. Kemasyhuran ini mempunyai kesan positif dan negetif pada status mereka sebagai spesies terancam.
Evolusi dan taxonomi
Sebagaimana semua ahli Osteoglossidae, Ikan Kelisa Emas Malaysia mudah sesuai dengan air tawar dan tidak mampu hidup dalam laut. Dengan itu taburan mereka dikebanyakan pulau di Asia Tenggara mencadangkan mereka berpisah dari osteoglossid lain sebelum pergerakan plat tektonik sempurna. Kajian genetik telah mengesahkan hipothesis ini, menunjukkan bahawa leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia berasal dari leluhur ikan kelisa Australia, S. jardinii dan S. leichardti, sekitar 140 juta tahun dahulu, semasa tempoh Awal Kretaceous. Perpecahan ini berlaku di pinggir timur Gondwanaland, dengan leluhur ikan Kelisa Emas Malaysia di bawa pada benua India atau tanah lebih kecil ke Asia. Persamaan morphologi bagi kesemua spesies Scleropages menunjukkan hanya sedikit perubahan evolusi berlaku baru-abru ini bagi ikan kuno ini.[3]
Gambaran pertama bagi spesies ini diterbitkan antara 1839 dan 1844 (1844 merupakan tarikh biasa disebut) oleh sejarahwan semulajadi Jerman Salomon Müller dan Hermann Schlegel, di bawah nama Osteoglossum formosum, sungguhpun spesies ini diletakkan dalam Scleropages dengan nama S. formosus.[4]
[[Image:Red Arowana034.JPG|right|thumb|250px|Super red arowana di dalam akuarium
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Rancangan Agrotek di RTM 1 yang ditayangkan pada hari Sabtu 27 Februari 2010, pukul 6.30 hingga 7.00 pm, Ikan Arowana ataupun Ikan Kelisa Emas Malaysia yang diternak didalam Tasik Bukit Merah, Perak merupakan spesies ikan Arowana yang termahal didunia.
Ikan Kelisa Emas amat popular dikalangan pengemar ikan. Sebagai ikan perhiasan, ikan Kelisa Emas mempunyai keistimewaan karena pergeraknya yang indah mempesona. Selain itu susunan sisiknya yang besar dan berkilat merupakan daya pemikat yang istimewa dari ikan hiasan ini.
Ikan Kelisa Emas termasuk dalam marga Sclerophages, suku Osteoglossidae, dan bangsa Malacopterygii, dengan klasifikasi lengkap:
Filum : Chordata
Anak filum : Vertebrata
Kelas : Pisces
Anak kelas : Teleostei
Bangsa : Malacopterygii
Suku : Osteoglossidae
Marga : Sclerophages
Jenis : Sclerophages formosus
Beberapa jenis warna berbeza semulajadi diakui, setiap satu terdapat di daerah mukabumi khusus. Ia termasuk yang berikut:
Perak Asia "silver Asian" (jangan dikelirukan dengan Kelisa Perak "silver arowana", Osteoglossum bicirrhosum) yang dianggap sebagai jenis hijau oleh sesetengah pihak. Ia terdapat dala dua jenis, "jalur ekor kelabu" atau "Pinoh arowana," dan jalur ekor kuning "yellow tail silver," setiapnya terdapat dibahagian berlainan di pulau Borneo di Indonesia.
Emas ekor merah "red-tailed golden" didapati di utara Sumatera, Indonesia.
"Catalog of Fishes (online version)". California Academy of Sciences. 2006-04-17. m/s. Search results for Osteoglossum formosum. Dicapai pada 2006-08-15.
Ismail, Mohd Zakaria. "Systematics, Zoogeography, and Conservation of the Freshwater Fishes of Peninsular Malaysia" (doctoral dissertation). Colorado State University.
Kottelat, Maurice (July 1, 2005). "The fishes of Danau Sentarum National Park and the Kapuas Lake Area, Kalimantan Barat, Indonesia". Raffles Bulletin of Zoology Supplement No. 13: 139–173. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)