Juara kumpulan, Serbia berjaya layak ke Piala Dunia 2010 dan membuat debut sebagai negara merdeka selepas penampilannya di Piala Dunia sebelum ini sebagai Yugoslavia dan Serbia Montenegro. Perancis yang menduduki tempat kedua perlu beraksi ke perlawanan play-off.
Jadual perlawanan telah ditentukan pada satu mesyuarat di Vienna, Austria pada 8 Disember 2007. Tarikh perlawanan pada Ogos 2009 ditukar iaitu pada 19 Ogos kepada 12 Ogos pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FIFA pada Mei 2008.[1]