ESSCOM diwujudkan adalah bagi menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang berlaku dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah.[4][5]Datuk Ismail Sabri Yaacob juga telah memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing.[6]