Azophi ialah sebuah kawah hentaman qamari yang terletak di kawasan tanah tinggi berceranggah selatan-tengah Bulan. Pinggir barat laut terkait dengan sebuah kawah yang kecil sedikit, yakni Kawah Abenezra. Pada arah timur-tenggara pula terdapat kawah Sacrobosco yang lebih besar.
Pinggir luar Azophi yang luas berbentuk seakan-akan poligon dengan sudut yang bulat. Pinggir relatif tajam dan seakan-akan rekah. Pinggir tidak haus atau dihentam kawah lebih kecil, melainkan Azophi C yang terletak di dinding timur laut. Lantai dalam tidak memiliki puncak pusat dan hanya ditandai kawah-kawah kecil.
Kawah qamari ini dinamakan sempena ahli falak Muslim abad ke-10 M, Abd al-Rahman al-Sufi.
Kawah satelit
Mengikut resam ciri-ciri ini dikenali pada peta bulan dengan meletakkan huruf pada sisi pusat kawah yang paling terdekat dengan Azophi.
Azophi
Latitud
Longitud
Diameter
A
24.4° S
11.2° E
29 km
B
23.6° S
10.6° E
19 km
C
21.8° S
13.1° E
5 km
D
24.3° S
13.4° E
9 km
E
23.5° S
13.8° E
5 km
F
22.2° S
13.9° E
6 km
G
23.9° S
12.3° E
53 km
H
25.5° S
11.8° E
21 km
J
21.2° S
13.1° E
8 km
Rujukan
Andersson, L. E.; Whitaker, E. A. (1982). NASA Catalogue of Lunar Nomenclature. NASA RP-1097.CS1 maint: ref=harv (link)
Cocks, Elijah E.; Cocks, Josiah C. (1995). Who's Who on the Moon: A Biographical Dictionary of Lunar Nomenclature. Tudor Publishers. ISBN978-0-936389-27-1.CS1 maint: ref=harv (link)
McDowell, Jonathan (July 15, 2007). "Lunar Nomenclature". Jonathan's Space Report. Dicapai pada 2007-10-24.CS1 maint: ref=harv (link)