Tirpitz adalah kelas kedua dalam kapal tempurkelas-Bismarck yang dibina untuk Kriegsmarine (tentera laut) Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Dinamakan sempena Laksamana Besar Alfred von Tirpitz, iaitu arkitek Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial), kapal ini mula dibina di Kriegsmarinewerft Wilhelmshaven pada November 1936 dan badannya telah dilancarkan dua setengah tahun kemudian. Kerja-kerja selesai pada Februari 1941, apabila ia ditauliahkan ke dalam armada Jerman. Seperti kapal kembarnya Bismarck, Tirpitz dilengkapi dengan lapan laras meriam utama yang berukuran 38-sentimeter (15 in) dalam empat turet berkembar. Selepas beberapa
siri pengubahsuaian masa perang, ia adalah 2000 tan lebih berat daripada Bismarck, menjadikannya kapal perang paling berat yang pernah dibina oleh tentera laut Eropah.[3]
Selepas menamatkan ujian laut pada awal tahun 1941, Tirpitz secara singkat berkhidmat sebagai teras Armada Baltik, yang bertujuan untuk menghalang cubaan penerobosan yang mungkin dilakukan oleh Armada Baltik Soviet. Pada awal tahun 1942, kapal ini berlayar ke Norway untuk bertindak sebagai penghalang terhadap pencerobohan pihak Bersekutu. Sewaktu ditempatkan di Norway, Tirpitz juga bertujuan digunakan untuk memintas konvoi Bersekutu ke Soviet Union, dan dua misi seperti itu telah dicuba pada tahun 1942. Ini adalah satu-satunya peranan yang boleh dilaksanakan untuknya, sejak Serangan St Nazaire membuat operasi terhadap laluan konvoi Atlantik yang terlalu berisiko. Tirpitz berfungsi sebagai bayangan armada, memaksa Tentera Laut Diraja British mengekalkan angkatan laut yang signifikan di kawasan itu bagi membendung kapal tempur tersebut.[4]
Pada September 1943, Tirpitz, bersama dengan kapal tempur Scharnhorst, mengebom kedudukan Bersekutu di Spitzbergen, merupakan satu-satunya tindakan Tirpitz menggunakan meriam utamanya dalam peranan ofensif. Sejurus kemudian, kapal itu telah rosak dalam satu serangan oleh kapal selam mini British dan selepas itu menjadi sasaran kepada beberapa siri serangan udara berskala besar. Pada 12 November 1944, pesawat-pesawat pengebom Lancaster British yang dilengkapi dengan 12,000-paun (5,400 kg) bom "Tallboy" melakukan dua serangan tepat dan satu tersasar yang mana menyebabkan kapal itu terbalik dengan pantas. Kebakaran geladak merebak ke magazin amunisi bagi salah sebuah turet meriam utama, menyebabkan letupan besar berlaku. Angka bagi jumlah kelasi yang terbunuh dalam serangan itu ialah dari 950 hingga 1,204 orang. Antara tahun 1948 dan 1957 bangkai kapal itu telah dipecah-pecahkan oleh satu operasi penyelamatan bersama Norway dan Jerman
Nota kaki
^Tirpitz's draft at full load was 10.60 meter (34 ka 9 in).[1]
^Crew could be augmented up to 108 officers and 2,500 enlisted men.[2]
Brown, David (1977). Tirpitz: the floating fortress. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-0-85368-341-4.
Brown, J. D. (2009). Carrier Operations in World War II. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-108-2.
Campbell, John (1985). Naval Weapons of World War II. London, England: Conway Maritime Press. ISBN978-0-87021-459-2.
Garzke, William H.; Dulin, Robert O. (1985). Battleships: Axis and Neutral Battleships in World War II. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-0-87021-101-0.
Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1993). Die Deutschen Kriegsschiffe (Volume 7). Ratingen, Germany: Mundus Verlag. ISBN978-3-8364-9743-5.
Kemp, Paul (1998). The Encyclopedia of 20th Century Conflict Sea Warfare. London: Arms and Armour. ISBN1-85409-221-9.
Koop, Gerhard; Schmolke, Klaus-Peter (1998). Battleships of the Bismarck Class: Bismarck and Tirpitz, Culmination and Finale of German Battleship Construction. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-1-55750-049-6.
Morgan, Hugh; Weal, John (1998). German Jet Aces of World War 2. Oxford, England: Osprey Publishing. ISBN978-1-85532-634-7.
Ottosen, Kristian (1983). Theta Theta: Et Blad Fra Motstandskampens Historie 1940–1945. Oslo: Universitetsforlaget. ISBN82-00-06823-4.
Polmar, Norman; Noot, Jurrien (1991). Submarines of the Russian and Soviet Navies, 1718–1990. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN978-0-87021-570-4.
Prager, Hans Georg (2002). Panzerschiff Deutschland, Schwerer Kreuzer Lützow: ein Schiffs-Schicksal vor den Hintergründen seiner Zeit (dalam bahasa German). Hamburg: Koehler. ISBN978-3-7822-0798-0.CS1 maint: unrecognized language (link)
Rohwer, Jürgen (2005). Chronology of the War at Sea, 1939–1945: The Naval History of World War Two. Annapolis: US Naval Institute Press. ISBN978-1-59114-119-8.
Sieche, Erwin (1987). "Germany 1922–1946". Dalam Sturton, Ian (penyunting). Conway's All the World's Battleships: 1906 to the Present. London, England: Conway Maritime Press. m/s. 28–49. ISBN978-0-85177-448-0.
Sweetman, John (2004). Tirpitz: Hunting the Beast. Gloucestershire, England: Sutton Publishing Limited. ISBN978-0-7509-3755-9.
Van der Vat, Dan (1988). The Atlantic Campaign. Edinburgh, Scotland: Birlinn. ISBN978-1-84158-124-8.
Williamson, Gordon (2003). German Battleships 1939–45. Oxford, England: Osprey Publishing. ISBN978-1-84176-498-6.
Zetterling, Niklas; Tamelander, Michael (2009). Tirpitz: The Life and Death of Germany's Last Super Battleship. Havertown, Pennsylvania: Casemate. ISBN978-1-935149-18-7.
Bacaan lanjut
Bishop, Patrick (2012). Target Tirpitz: X-Craft, Agents and Dambusters – The Epic Quest to Destroy Hitler's Mightiest Warship. Harper Press.
Daniel, Knowles (2018). Tirpitz: The Life and Death of Germany's Last Great Battleship. Stroud: Fonthill Media. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)