|
Gambaran keseluruhan kelas
|
Pembina: | Gorky
Limbongan Wuzhang
Limbongan Guangzhou (Canton)
Limbongan Jiangnan (Shanghai)
Limbongan Huludao |
Pengguna: | Soviet
China
Korea Utara
Bulgaria
Syria
Mesir
Algeria |
Sebelumnya: | Kapal selam Kelas Whiskey |
Selepasnya: | Kapal selam Kelas Foxtrot |
Jumlah disiapkan: | 133 |
Dibersarakan: | 75 |
Ciri-ciri umum |
Sesaran: |
- 1,475 tan timbul
- 1,830 tons tenggelam
|
Panjang: |
76.6 m (251 kaki 3 in) |
Lunas: |
6.7 m (22 kaki) |
Draught: |
5.2 m (17 kaki 1 in) |
Jana kuasa: |
2x diesel 2.94 MW (4000 shp) dengan dua motor elektik yang memacu dua aci. |
Halaju: |
- 15.2 knot timbul
- 13 knots tenggelam
|
Jarak: |
14,484 km (9,000 batu) pada 9 knot |
Anak kapal: |
54 anak kapal(10 pegawai) |
Persenjataan: |
- 8x tiub torpedo 533mm (21 in). 6x haluan dan 2x buritan.
- 14 × 533mm (21 in) torpedo anti-kapal atau anti-kapal selam (termasuk torpedo Yu-4 dan Yu-1) atau 28 periuk api
|
Kapal selam Kelas Romeo (Projek 633) adalah sebuah kapal selam berkuasa diesel-elektrik buatan Soviet yang dibina pada tahun 1950-an. Asal kewujudan kelas Romeo boleh dijejak sehingga Perang Dunia II iaitu U-Boat Jerman Type XXI Elektroboot. Pada penghujung Perang Dunia II, Soviet berjaya mendapatkan beberapa buah Type XXI, yang mana darinya Soviet berjaya mendapatkan teknologi-teknologi penting tertentu. Teknologi ini telah membantu dalam mereka bentuk kapal selam kelas Zulu dan kelas Whiskey. Penambahbaik lebih lanjut ke atas rekabentuk telah menghasilkan kelas Romeo.
Hanya 20 buah daripada pesanan asal Soviet sebanyak 560 buah berjaya disiapkan disebabkan pengenalan kapal selam berkuasa nuklear ke dalam Tentera Laut Soviet. Meskipun pada hari ini, kelas Romeo boleh dianggap ketinggalan zaman, ia masih berguna bagi tujuan latihan dan sebagai kapal pengawasan.
Rujukan
Pautan luar