'Kalki 2898 AD '(digayakan sebagai KALKI 2898-A.D) ialah filem distopia fiksyen sains epos dari India. ia ditulis dan diarahkan oleh Nag Ashwin berdasarkan dunia distopia.Filem ini diterbitkan oleh C. Aswani Dutt di bawah panji Vyjayanthi Movies. Filem ini dibintangi oleh pelakon ensemble termasuk Kamal Haasan, Prabhas, Amitabh Bachchan, Deepika Padukone dan Disha Patani.Filem ini adalah installment pertama dalam Kalki Cinematic Universe yang direncanakan dan terinspirasi dari Teks Suci Hindu. Berlatar di dunia pasca-apokaliptik pada tahun 2898 Masehi, film ini mengikuti beberapa orang terpilih yang sedang misi untuk menyelamatkan anak yang belum lahir, Kalki dan ibunya SUM-80.
Filem itu diumumkan di bawah tajuk kerja, Project K pada Februari 2020 bertepatan dengan ulang tahun ke-50 Filem Vyjayanthi. Walau bagaimanapun, pengeluaran tertunda selama setahun kerana pandemik COVID-19. Penggambaran bermula pada Julai 2021 dalam set futuristik di Ramoji Film City, di Hyderabad. Ia dirakam serentak dalam bahasa Telugu dan Hindi.[2][3]Kalki 2898 AD dijadualkan ditayangkan di pawagam pada tahun 2024.[4] Dibuat dengan anggaran produksi ₹600 crore (sekitar US$72 juta), ini adalah film India termahal.
Film ini ditayangkan secara global pada 27 Jun 2024 dalam format IMAX, 3D, dan format lainnya, mendapat ulasan positif dari kritikus.
Barisan Pelakon
Amitabh Bachchan sebagai Ashwatthama, Anak lelaki pertapa dan ksatria Dronacharya dan sekutu kepada Kaurava, yang dihukum dengan kutukan keabadian kerana cuba membunuh Parakshit yang belum dilahirkan. Dia telah wujud di Bumi selama hampir enam ribu tahun.
Kamal Haasan Sebagai Supreme Yaskin, mengaku sebagai tuhan.
Krishnakumar Balasubramania Sebagai dewa Krishna, sebuah inkarnasi Vishnu, yang dilahirkan semasa zaman Mahabharata untuk membawa keamanan dengan membantu Pandava. Beliau berperanan sebagai tukang kereta Kuda dan strategis Putera Arjuna.
Vijay Deverakonda sebagai Arjuna, Saudara ketiga dari keluarga Pandava dan pemanah ulung yang terlibat dalam pertempuran dengan abang sulungnya, Karna.
Mrunal Thakur sebagai Divya, seorang wanita yang diduga sebagai ibu Kalki
Malvika Nair Sebagai Utari puteri Matysa, menantu Arjuna, dan ibu Parakshit, pewaris terakhir Dinasti Kuru yang masih hidup setelah Perang Kurukshetra. Dia dan bayinya diserang oleh panah ajaib Ashwatthama setelah perang berakhir.
Pelancaran
Kalki 2898 AD dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 12 Januari 2024.[6] Pada mulanya bertujuan untuk keluaran 2022, ia ditangguhkan kerana pandemik COVID-19 dan kerja-kerja pengeluaran.Pada Julai 2022, penerbit Dutt menyatakan bahawa mereka merancang untuk mengeluarkan filem itu pada Januari 2024.[7][8]
Filem ini dirancang untuk dikeluarkan dalam bahasa Telugu, Hindi, Tamil, Malayalam, Kannada dan Inggeris[9]
Rujukan
^Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama budget