Kahoʻolawe merupakan sebuah pulau gunung berapi yang terletak dalam kepulauan Hawaii di Lautan Pasifik, ia sebahagian daripada negeri Hawaii, Amerika Syarikat.
Saat ini pemerintah Hawaii telah menetapkan pulau ini sebagai cagar alam dan hanya dapat dimanfaatkan secara terbatas oleh penduduk asli Hawaii untuk kegiatan adat budaya dan agama mereka.[1]
Geologi
Pulau ini terbentuk hasil letusan sebuah gunung berapi perisai yang tidak aktif di tengah laut.[2] Letusan ini diperkirakan berlaku pada zaman Pleistosen di mana kegiatan gunung ini berakhir sekitar satu juta tahun yang lalu. Permukaan pulai ini banyak dilitupi aliran lava basalt yang telah mengering keras akibat dari kegiatan ini.[2][3]
Hubungan dengan manusia
Pulau ini dipercayai masyarakat peribumi Hawaii sebagai jelmaan dewa laut mereka, Kanaloa.[4]
Ia kekurangan sumber air segar semulajadi lalu kurang didiami manusia berbanding pulau-pulau lain dalam gugusan Hawaii.[5]
Rujukan