Kadhalum Kadanthu Pogum (Maksudnya: Cinta akan berlalu juga) adalah sebuah filem komedi romantis Tamil ditulis dan diarahkan oleh Nalan Kumarasamy. Dihasilkan oleh C. V. Kumar di bawah syarikat produksi Thirukumaran Entertainment. ia mempunyai Vijay Sethupathi dan Madonna Sebastian dalam peranan utama[1] . Filem ini adalah buatan semula filem Korea ,My Dear Desperado. Ia dtayangkan serentak di seluruh dunia pada 11 Mac 2016[2].
Plot
Kathir (Vijay Sethupathi) merupakan seorang samseng yang bercita-cita untuk membuka sebuah bar. Beliau baru keluar dari penjara selepas menghabiskan hukuman penjara 5 tahun. Beliau masuk ke penjara demi melindungi kesalahan Kaunselor kawasannya. Kaunselor itu berjanji kepadanya untuk memberikan kehidupan yang mewah. Kemudian, kita mempunyai Yazhini (Madonna Sebastian) yang melarikan diri dari kampung halamannya ,Villupuram , untuk mencapai cita-cita kerjayanya dalam sektor IT. Malangnya., dia kehilangan kerja tersebut selepas syarikatnya ditutup akibat kemelesetan ekonomi dunia. Yazhini terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil kerana mengalami krisis kewangan akibat kehilangan kerja. Rumah tersebut bertentangan dengan rumah Kathir. Selebihnya filem ini memaparkan cerita bagaimana dua orang individu yang mempunyai impian yang berbeja mula rapat dan kemudian mula jatuh cinta.
Tema utama dalam cerita ini berkaitan dengan perjuangan seorang jurutera wanita yang menganggur dan perjalanan beliau dalam mencapai kejayaan.
Runut Bunyi filem ini telah digubah oleh Santhosh Narayanan dan single "Ka Ka Ka Po" telah dikeluarkan pada 25 Jan 2016. Album soundtrack filem ini terdiri daripada lima trek. Album ini dikeluarkan pada 4 Mac 2016 dengan ulasan positif