Kabupaten Rokan Hulu ialah salah satu kabupaten di wilayah Riau, Indonesia. Ibu bandar kabupaten ini berkedudukan di Pasir Pengaraian. Kabupaten Rokan Hulu, ialah hasil pengasasan wilayah daripada pemisahan Kabupaten Kampar. Ia ditubuhkan pada tarikh 12 Oktober 1999 dengan tetapan UU Nombor 53 tahun 1999 dan UU Nombor 11 tahun 2003 mengenai pengubah suaian UU RI No 53 tahun 1999. Jumlah penduduk Rokan Hulu sekitar 561.385 orang pada tahun 2020 dengan luas wilayah 7.588,13 km², dan setakat pertengahan tahun 2023 meningkat 568.004 orang.[1][2][3]
Kabupaten ini mendapat julukan Negeri Seribu Suluk yang artinya menjalankan kedisiplinan dalam menjalankan aturan-aturan agama Islam. Banya terdapat suluk atau masjid yang berdiri di kabupaten ini.[4]
Rujukan