Sejarah Banyuwangi tidak terlepas daripada sejarah Kerajaan Blambangan. Pada pertengahan abad ke-17, Banyuwangi merupakan sebahagian daripada Kerajaan Blambangan yang diketuai oleh Pangeran Tawang Alun. Pada masa itu, Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) menganggap Blambangan sebagai salah satu wilayah kekuasannya dari segi pentadbiran, atas dasar penyerahan kekuasaan bahagian timur Jawa (termasuk Blambangan) oleh Pakubuwono II kepada SHTB. Namun SHTB tidak pernah benar-benar menggunakan kuasanya sehingga akhir abad ke-17 apabila pemerintah Inggeris menjalin hubungan perdagangan dengan Kerajaan Blambangan. Daerah yang sekarang dikenali sebagai Komplek Inggeris ialah tempat pejabat perdagangan pemerintah Inggeris.
Syarikat Hindia Timur Belanda (SHTB) bergerak dengan segera untuk menuntut kekuasaanya ke atas Blambangan pada akhir abad ke-17 dan dengan itu, mengakibatkan perang besar selama lima tahun (1767-1772). Dalam peperangan itu, terdapat satu pertempuran yang dahsyat yang disebut Puputan Bayu kerana ia merupakan usaha terakhir Kerajaan Blambangan untuk melepaskan diri daripada belenggu SHTB. Pertempuran Puputan Bayu berlaku pada 18 Disember1771 yang akhirnya ditetapkan sebagai hari jadi Banyuwangi. Namun pada akhirnya, SHTB-lah yang mencapai kemenangan dengan dilantiknya R. Wiroguno I (Mas Alit) sebagai bupati Banyuwangi yang pertama dan dengan itu, menandakan kejatuhan kerajaan Blambangan.perang bayu yg dipimpin ki Rempeg akhirnya kalah karena gempuran gabungan laskar yang dimpin oleh VOC .dan sisa sisa laskar berserakan melarikan diri dan sekarang lebih dikenal dengan sebutan WONG OSING.
Pantai Sukamade merupakan sebuah kawasan pengembangan penyu. Selain itu, pantai timur Banyuwangi (Selat Bali) merupakan salah satu pengeluar ikan yang terbesar di Jawa Timur. Terdapat juga sebuah pelabuhan perikanan di Muncar.
Kabupaten Banyuwangi terdiri daripada 25 buah mukim (Indonesia: Kecamatancode: id is deprecated ) yang dibahagikan pula kepada sejumlah kampung atau desa. Pusat pemerintahannya di bandar Banyuwangi.
Penduduk Banyuwangi cukup beragam, dengan suku Osing merupakan golongan majoriti. Namun terdapat juga suku Madura dan suku Jawa yang cukup besar, serta golongan-golongan minoriti seperti suku Bali dan suku Bugis.
Suku Osing merupakan penduduk asli kabupaten Banyuwangi dan biasanya dianggap sebagai sebuah subsuku daripada suku Jawa. Mereka menggunakan bahasa Osing yang dikenali sebagai salah satu jenis bahasa Jawa yang tertua. Seni asli Banyuwangi termasuk kuntulan, gandrung, jaranan, barong, janger dan seblang. Bahasa dan budaya suku Osing merupakan warisan bahasa dan budaya blambangan .bukan dipengaruhi oleh bahasa dan budayaBali,seperti pendapat beberapa kalangan.
Dari Surabaya, Kabupaten Banyuwangi dapat dicapai melalui dua batang lebuh raya, iaitu Jalur Utara dan Jalur Selatan. Jalur Utara merupakan sebahagian Jalur Pantura yang membentang Daru Ujung Kulon sehingga Pelabuhan Ketapang, manakala Jalur Selatan merupakan cabang Jalur Pantura dari Kabupaten Pasuruan melewati Kabupaten Lumajang dan Kabupaten Jember. Pelabuhan Ketapang terletak di bahagian utara kota Banyuwangi, dan menghubungkan Jawa dengan Bali melalui feri. Sedangkan untuk pengangkutan udara pula ada Lapangan terbang Banyuwangi yang menghubungkan Banyuwangi dengan bandaraya Denpasar, Bali, Surabaya, Jakarta dan Kuala Lumpur.[4], Malaysia
Pariwisata
Kabupaten Banyuwangi memiliki banyak objek wisata seperti:[5][6][7]
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam jajanan pasar khas Banyuwangi, diantaranya:
Bagiak
Sale Pisang Barlin
Kelemben
Satuh
Manisan Cerme
Manisan Pala Kering
Manisan Tomat
Manisan Kolang-kaling
Ladrang
Kacang Tanah Open Asin
Dodol Salak
Sale Pisang Anggur
Loro Kencono
Karang Emas
Kolak Gepuk
Widaran
Wiroko
Petulo
Ketan Kirip
Onde – Onde
Tahu Walek
Minuman
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam minuman khas Banyuwangi, diantaranya:
Secang
Selasih
Ronde
Angsle
Caok
Setup Semarang
Kolak Duren
Kopi Luak
Kopi Lanang
Kopi Kemiren
Es Gedang Ijo
Es Temu lawak
Oleh-oleh
Kabupaten Banyuwangi mempunyai bermacam-macam oleh-oleh khas Banyuwangi, diantaranya:
Awug (iwel-iwel)
Lanun
Serabi Solo
Dodol garut
Jenang Kudus
Jenang Bedil
Jenang Mutioro
Jenang Selo
Ketot
Apem Takir
Lak-lak
Precet
Sumping
Bikang
Setupan Polo
Kebudayaan
Selain daripada merupakan daerah perlintasan dari Jawa ke Bali, Kabupaten Banyuwangi juga merupakan daerah pertemuan untuk berbagai-bagai jenis kebudayaan daripada berbagai-bagai wilayah. Budaya masyarakat Banyuwangi diwarnai oleh kebudayaan Jawa, Bali, Madura, Melayu, dan Eropah yang akhirnya membentuk sebuah kebudayaan tempatan yang tidak pernah ditemui di mana-mana wilayah di Pulau Jawa.dan budaya osing masih dominan diberbagai tempat di banyuwangi
Batik
Batik yang disebut-sebut sebagai jati diri Bangsa Indonesia tak bisa diragukan. Keberadaannya memang menjadi bagian dari kehidupan masyarakat Indonesia, khususnya orang Jawa. Motif-motifnya pun terinspirasi tak jauh dari kehidupan sehari-hari. Begitu juga dengan banyuwangi, memiliki beberapa motif yang terkenal yaitu
Gajah oling
Paras Gempal
Sekar Jagad
Kangkung Setingkes
Mata Ayam
Jenis Batik tadi merupakan sebagian dari Motif Batik khas Banyuwangi yang masih hidup dan berkembang di kalangan masyarakat setempat.
Jenis kesenian tadi merupakan sebagian dari kesenian khas Banyuwangi yang masih hidup dan berkembang di kalangan masyarakat setempat.
Lagu Daerah
Umbul-umbul Blambangan
Ugo-Ugo
Banyuwangi Ijo Royo-Royo
Seblang Lukinto
Muzik khas Banyuwangi
Gamelan Banyuwangi yang khususnya digunakan dalam tarian Gandrung memiliki keistimewaan tersendiri, dengan adanya dua buah biola yang salah satunya dijadikan pemimpin lagu. Menurut sejarahnya, seorang Eropah menyaksikan pertunjukan Gandrung yang diiringi dengan suling pada sekitar abad ke-19 dan mencuba menyelaraskannya dengan biola yang dibawanya. Irama yang dihasilkan oleh biola menyayat hati para penonton dan sejak itu, biola mulai menggantikan suling kerana ia dapat menghasilkan nada-nada yang tinggi yang tidak dapat dihasilkan oleh suling.
Alat-alat muzik tradisional yang digunakan untuk gamelan Banyuwangi adalah seperti yang berikut:
Kluncing, iaitu alat muzik berbentuk segi tiga yang diperbuat daripada kawat besi tebal, dan dibunyikan dengan alat pemukul yang diperbuat daripada bahan yang sama.
Kendhang yang hampir serupa dengan kendhang yang digunakan dalam gamelan Sunda dan Bali. Biasanya berjumlah satu atau dua, fungsi khendhang ialah sebagai pemimpin muzik.
Kethuk yang diperbuat daripada besi berjumlah dua buah dan dibuat dengan berbagai-bagai ukuran, sesuai dengan larasannya. "Kethuk estri" (feminin) adalah yang besar, dan dalam gamelan Jawa dipanggil Slendro, manakala "kethuk jaler" (maskulin) dilaraskan lebih tinggi satu not. Fungsi kethuk di sini bukan sekadar sebagai alat penguat atau penjaga irama seperti dalam gamelan Jawa, tetapi ia juga bergabung dengan kluncing untuk mengikut irama kendhang.
Kempul dalam gamelan Banyuwangi (khususnya Gandrung) hanya terdiri daripada sebuah alat gong besi yang kekadang diselingi dengan "saron bali" dan angklung.
Selain daripada gamelan untuk tarian Gandrung ini, gamelan yang digunakan untuk pertunjukan Angklung Caruk agak berbeza dengan gamelan Gandrung kerana adanya angklung buluh yang dilaraskan, sesuai tinggi nadanya. Untuk gamelan patrol, semua alat muziknya diperbuat daripada buluh manakala untuk pertunjukan Janger, digunakan gamelan Bali dan Rengganis, gamelan Jawa yang lengkap. Khususnya seni Hadrah Kunthulan menggunakan rebana, beduk, kendhang, biola dan kekadangnya bonang (dipanggil "reong" dalam gamelan Bali).
Pemodenan juga tidak terelakkan seni muzik Banyuwangi, dengan kemunculan berbagai-bagai kelainan muzik yang merupakan padanan-padanan tradisional dan moden, seperti Kunthulan Ciptaan, Gandrung Ciptaan, Kendhang Kempul Ciptaan dan Janger Campursari. Padanan-padanan tersebut memasukkan unsur-unsur elektronik ke dalam muziknya dan menjadi seni-seni yang popular di kalangan masyarakat. Namun demikian, sesetengah pakar kebudayaan berasa risau bahawa seni-seni tersebut akan menjejaskan kesenian klasik yang sudah berkembang selama beratus-ratus tahun.