Jung Eun-ji (lahir Jung Hye-rim pada 18 Ogos 1993) ialah seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon wanita Korea Selatan. Beliau merupakan penyanyi vokal utama kumpulan wanita Korea Selatan, Apink. Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Reply 1997 pada tahun 2012. Beliau mengeluarkan album solo pertamanya, Dream pada tahun 2016.
Kehidupan awal
Jung Eun-ji lahir dengan nama Jung Hye-rim di Haeundae, Busan pada 18 Ogos 1993.[1][2] Beliau mempunyai seorang adik lelaki bernama Jung Min-ki. Beliau menghadiri Tadika Hapdo, Sekolah Rendah Shinjae, Sekolah Menengah Perempuan Jaesong dan Sekolah Tinggi Perempuan Hyehwa.[3] Pada tahun 2004, Jung memenangi tempat pertama dalam program Exciting Day Enjoyable Day (신나는 날 즐거운 날code: ko is deprecated ) yang diacarakan oleh saluran KBS.[4] Pada bulan November 2010, Jung lulus uji bakat untuk menjadi penyanyi utama Apink.[5] Beliau tidak menerima sebarang latihan profesional sebelum menyertai Apink dan hanya berlatih selama dua bulan bersama kumpulan ini.
Pada bulan Mac 2011, Jung telah didedahkan sebagai ahli keempat Apink melalui sebuah video dalam talian beliau menyanyikan lagu "Love You I Do".[6] Jung menyertai ahli kumpulan yang lain untuk merakam Apink News sebelum debut.[7] Pada 21 April 2011, Jung membuat penampilan pertamanya sebagai penyanyi vokal utama Apink dalam M! Countdown menerusi dua lagu, "Mollayo" dab "Wishlist" dari album mini pertama mereka, Seven Springs of Apink.[8]
Kerja solo
Jung dan Yang Yo-seob menyanyikan lagu duet, "Love Day" untuk projek A Cube for Season #Green.[9] Pada bulan Ogos 2012, Jung merekodkan dua lagu promosi, "All For You" dan "Our Love Like This" bersama Seo In-guk untuk runut bunyi drama Reply 1997.[10][11] "All For You" menjadi salah satu daripada lagu paling laris pada tahun tersebut di dalam Carta Gaon.[12][13] Pada tahun 2013 dan 2014, Jung bekerjasama bersama Huh Gak untuk lagu duet bertajuk "Short Hair" dan "Break Up To Make Up".[14][15] Beliau mengeluarkan lagu solo pertamanya bertajuk "Its You" untuk runut bunyi drama Three Days.[16]
Pada 18 April 2016, Jung membuat debut sebagai artis solo menerusi album mini Dream yang terdiri daripada 6 lagu.[17] Lagu "Hopefully Sky" menduduki tempat teratas dalam lapan carta muzik tempatan.[18] Album ini terjual sebanyak 30,000 salinan selepas ianya dikeluarkan.[19] Pada bulan April 2017, Jung mengeluarkan album kedua beliau bertajuk The Space.[20] Dari 3 sehingga 5 Jun 2017, Jung mengadakan konsert solo pertamanya bertajuk “Attic” di Dewan Samsung Universiti Wanita Ewha.[21][22]
Kerjaya lakonan
Jung membuat penampilan lakonan pertamanya di dalam drama Reply 1997.[23] Jung menerima pujian daripada pengkritik dan penonton untuk persembahan lakonan beliau di dalam drama ini.[24] Beliau memenangi beberapa anugerah termasuk Anugerah Seni Baeksang ke-49 untuk Pelakon Wanita Baru TV Terbaik.[25]
Jung berlakon di dalam muzikal Legally Blonde sebagai watak utama, Elle Woods.[26] Muzikal ini berlangsung dari 16 November 2012 sehingga 17 Mac 2013.[27][28] Jung kemudiannya mempunyai peranan pembantu di dalam drama tahun 2013, That Winter, the Wind Blows.[29] Beliau memenangi kategori Persembahan Terbaik di Anugerah Bintang APAN ke–2 dan Anugerah Bintang Baru di Anugerah Drama SBS.
Pada tahun 2014, beliau membnintangi muzikal adaptasi drama tahun 2004, Full House.[30] Selepas itu, Jung membintangi sebagai watak utama di dalam drama romantik komedi, Lovers of Music.[31][32] Pada tahun 2015, Eunji membintangi drama KBS2, Cheer Up! sebagai Kang Yeon-doo. Pada tahun 2017, Jung dipilih untuk berlakon di dalam drama JTBC, Untouchable yang disiarkan bermula 24 November.[33]
^Kim, Jung-hee (29 September 2013). 에이핑크 정은지 "부산, 늘 그립고 가고 싶어…" [Apink Jung Eun-ji "Busan, it's always nostalgic and I want to go there..."]. BUVI News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Oktober 2014. Dicapai pada 12 Disember 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^Jeon, Hyung-jin (6 September 2012). 정은지, 알고보니 과거 동요대회서 최우수상 [Jung Eun-ji, actually first place in a past melody singing contest]. My Daily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 12 Disember 2013.