Josephine Baker (3 Jun 1906 – 12 April 1975) adalah seorang penari, penyanyi, dan aktivis hak asasi kelahiran Amerika Syarikat.[3] Dia termasuk warga orang Amerika Afrika yang berjaya dalam bidang seni tari di Perancis.
'Josephine Baker lahir pada tanggal 3 Juni 1906 di Missouri, Amerika Syarikat dengan nama Freda Josephine McDonald.[3] Ibunya, Carrie McDonald, berharap menjadi penari Balai Musik. Tetapi kemudian mencari nafkah sebagai pencuci pakaian. Ayahnya, Eddie Carso adalah seorang drummer untuk pertunjukan vaudeville.[6]
Nama Baker berasal dari nama suami keduanya, Will Baker, yang menikahinya pada usia 16 tahun.[3] Beberapa pertunjuk Ella yang terkenal adalah Jurnal Negro (La Revue Nègre) dan Folies Bergère.[3]
Kerjaya seni
Karier profesional Josephine bermula ketika gadis itu baru berusia 15 tahun, dan seperti tornado yang melanda New York, di mana dia mula munculkan diri sebagai gadis koir, dan kemudian Paris, Berlin dan Brussel. Penari berusia 19 tahun itu segera menaklukkan ibu kota Perancis menjadi bintang Folies Bergère.
Josephine mulai mencuba nasib sendiri dalam peranan lain, tampil sebagai penyanyi selama turnya di Amerika Selatan dan Asia.
Semasa Perang Dunia Kedua
Sebaik Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman yang menakluk Poland pada September 1939, Baker dilantik badan pengintipan tentera Perancis Deuxième Bureau pimpinan Jacques Abtey untuk mengumpul maklumat penting dari pihak Jerman di kedutaan mereka. Baker mengambil peluang ini bergaul di majlis tari kedutaan dan kelab malam untuk menawan hati para pegawai Jerman, Itali dan Vichy yang mampu rela memberikan maklumat yang berguna dan boleh dilaporkan kepada pasukan Abtey tanpa sebarang rasa sangsi.[7]
Apabila pihak Jerman Nazi menakluk Perancis, Baker berpindah ke kediaman lainnya di Dordogne selatan Perancis di mana beliau menyumbang tempat tinggal dan visa perjalanan untuk relawan dalam Tentera Perancis Bebas pimpinan Charles de Gaulle.[8] Beliau juga menggunakan peluang kerjanya sebagai penghibur melihat keadaan di negara-negara neutral di Portugal dan Amerika Syarikat serta memerhati dan merakam pergerakan tentera Jerman yang bertapak di barat Perancis yang dilanjutkan ke balatentera United Kingdom.
Pascaperang
Kematian
Pada 10 April 1975, Joséphine diserang angin ahmar akibat pendarahan otak tidak lama selepas sekembalinya beliau ke kediaman apartmennya di Paris selepas membuat persembahan tarian ke-14 menggemuruh penonton pada malam sebelumnya.[9] Beliau ditemukan dalam keadaan koma lalu ke Hospital Pitié-Salpêtrière, di sanalah beliau menghembuskan nafas terakhir keesokan harinya pada usia 68 tahun.[10][11][12]
Mayat beliau dikebumikan mengikut adat tentera dan mengikut ritusGereja Katolik[nota 1] di Gereja Madeleine, Paris pada 15 April 1975. Mayat beliau dipindahkan ke Gereja Saint-Charles de Monte-Carlo di Monaco pada tangkat harinya di mana mayatnya disemadikan di sana[14][15][16][17]
Pada 30 November 2021, sebatang tugu mewakili beliau didirikan dalam permakaman Panthéon di ibukota Paris yang lazim untuk warganegara Perancis terbilang dan tersohor namanya;[26] beliau warga pertama dari kaum wanita yang berkulit hitam diberikan penghormatan sedemikian.[27]
Nota
^Joséphine Baker pernah memeluk agama Yahudi untuk berkahwin dengan Jean Lion pada tahun 1937, tetapi penganutan tersebut tidak berkekalan.[13]
Bergfelder, Tim; Harris, Sue & Street, Sarah (2007). "French Cinema in the 1930s: Space, Place, and National Identity". Film Architecture and the Transnational Imagination: Set Design in 1930s European Cinema. Amsterdam University Press. JSTORj.ctt46mscn.7.