John Goodman
John Goodman |
---|
| Kelahiran | John Stephen Goodman (1952-06-20) 20 Jun 1952 (umur 72)
|
---|
Pendidikan | Universiti Negeri Missouri (B.F.A.) |
---|
Pekerjaan | Pelakon |
---|
Tahun aktif | 1975–kini |
---|
Pasangan | Annabeth Hartzog (k. 1989) |
---|
Anak-anak | 1 |
---|
John Stephen Goodman (lahir 20 Jun 1952) ialah seorang pelakon lelaki Amerika Syarikat. Di awal kerjayanya, beliau terkenal dengan menjayakan watak Dan Conner dalam siri TV ABC Roseanne (1988–1997; 2018), di mana beliau memenangi Anugerah Golden Globe bagi Pelakon Lelaki Terbaik pada 1993. Beliau juga kerap bekerjasama dengan Coen bersaudara dalam filem seperti Raising Arizona (1987), Barton Fink (1991), The Big Lebowski (1998), O Brother, Where Art Thou? (2000), dan Inside Llewyn Davis (2013). Lakonan suara Goodman dalam filem animasi termasuk Pacha dalam filem animasi Disney The Emperor's New Groove (2000) dan Sulley dalam filem animasi Pixar Monsters, Inc. (2001) dan juga prekuelnya, Monsters University (2013).
Lakonan filemnya yang lain termasuk peranan utama dalam Always (1989), The Babe (1992), The Flintstones (1994) dan 10 Cloverfield Lane (2016) dan peranan pembantu dalam Coyote Ugly (2000), The Artist (2011), Extremely Loud & Incredibly Close (2011), Argo (2012), Flight (2012), The Hangover Part III (2013), Transformers: Age of Extinction (2014), Patriots Day (2016), Kong: Skull Island, dan Transformers: The Last Knight (kedua-duanya 2017). Di televisyen, beliau muncul dalam Alpha House dan musim pertama Treme di HBO dan telah menjadi pengacara Saturday Night Live, serta menjayakan peranan undangan di siri televisyen Community. John Heilpern dari Vanity Fair menyifatkan beliau sebagai "antara pelakon terhebat".[1]
Filemografi
Filem
Televisyen
Permainan video
Rujukan
- ^ Heilpern, John (January 2014). "Out to Lunch with John Goodman". Vanity Fair. New York City: Condé Nast.
- ^ "The Hudsucker Proxy". March 11, 1994 – melalui IMDb.
- ^ "Movie Review: Dirty Work(1998)". Entertainment Weekly. New York City: Meredith Corporation. March 1, 1998. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-07. Dicapai pada August 2, 2012.
- ^ Bay, Michael (May 8, 2014). "John Goodman And Ken Watanabe Join The Autobot Voice Cast in Michael Bay's 'Transformers: Age Of Extinction'". Michael Bay. Dicapai pada May 8, 2014.
- ^ "Transformers: The Last Knight Director Confirms John Goodman, John Turturro Returns". Dicapai pada Januari 6, 2017.
- ^ Lynch, Jason (Februari 7, 2014). "John Goodman on getting wooed by Clooney and bunking with Bruce Willis". The A.V. Club. The Onion, Inc. Dicapai pada Februari 7, 2014.
- ^ Gray, Tim (September 29, 1993). "Review: 'Grace Under Fire'". Variety. Dicapai pada March 24, 2017.
- ^ Mitovich, Matt Webb (Ogos 28, 2011). "Community Sneak Peek Video: John Goodman Tells the Dean 'Wassup'". TVLine. Dicapai pada Ogos 29, 2011.
- ^ Anderson Cooper White House Turmoil Cold Open, 2018-03-17, dicapai pada 2018-10-03
- ^ "'Monsters, Inc.' Voice Cast to Return for Disney+ Series (Exclusive)". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-04-09.
- ^ Holmes, Martin (September 8, 2023). "John Goodman Tries to Fix the Past in 'Monarch: Legacy of Monsters' Trailer (VIDEO)". TV Insider. TV Guide. Dicapai pada September 9, 2023.
- ^ Saltzman, Marc (Mac 1, 2011). "Five things you didn't know about Rage". USA Today. Mclean, Virginia: Gannett Company. Dicapai pada Mac 3, 2011.
Pautan luar
|
---|
Umum | |
---|
Perpustakaan negara | |
---|
Kamus biografi | |
---|
Pangkalan data saintifik | |
---|
Lain-lain | |
---|
|
|