Futurama merupakan sitcom Amerika beranimasi yang pernah memenangi Anugerah Emmy ciptaan Matt Groening, dan dibangunkan oleh Groening dan David X. Cohen untuk rangkaian Fox. Siri ini mengikuti pengembaraan seorang bekas penghantar pizza New York City Philip J. Fry selepas dia dibekukan beberapa saat selepas alaf baru bermula pada 1 Januari 2000 dan dipulihkan semula seribu tahun pada masa hadapan.
Di Amerika Syarikat, siri ini disiarkan dari 28 Mac 1999 hingga 10 Ogos 2003 di Fox sebelum dihentikan pengeluaran. Futurama kemudian disiarkan di Adult Swim di Cartoon Network, dari Januari 2003 hingga Disember 2007, apabila kontrak rangkaian tamat. Siri-sirinya telah disiarkan semula pada 2007 sebagai empat filem terus-ke-DVD yang kemudian dipisahkan kepada enam belas episod dengan lima musim. Comedy Central memasuki suatu perjanjian dengan 20th Century Fox Television untuk mensindiket episod-episod yang ada dan menyiarkan filem sebagai episod-episod baru dalam format episod.[1][2] Comedy Central mula menayangkan Futurama pada 2 Januari 2008,[3] dengan episod-episod baru bermula pada 23 Mac 2008.
Nama "Futurama" berasal dari suatu astaka di Pameran Dunia New York 1939. Direka bentuk oleh Norman Bel Geddes, astaka Futurama itu menggambarkan bagaimana keadaan dunia pada 1959.[4]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
|
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Futurama |
Templat:Futurama
Templat:Rough Draft Studios