Jo Bo-ah (lahir sebagai Jo Bo-yoon pada 22 Ogos 1991) adalah seorang pelakon, model, dan pengacara dari Korea Selatan.
Kehidupan awal
Jo Bo-ah dilahirkan sebagai Jo Bo-yoon pada 22 Ogos 1991 di Daejeon, Korea Selatan. Jo merupakan lulusan dari Universiti Sungkyunkwan, dalam jurusan Seni Persembahan. [1][2]
Kerjaya
Jo membuat penampilan sulungnya pada tahun 2011 dengan peranan kecil dalam sitkom harian I Live in Cheongdam-dong di saluran kabel jTBC. Ini diikuti dengan kerja sebagai pengacara di program uji bakat Made in U (juga di jTBC),[3] dan penampilan dalam Koisuru Maison ~ Rainbow Rose ~, sebuah produksi bersama Korea-Jepun.[4]
Pada tahun 2012, Jo memainkan peranan utama pertamanya sebagai bekas gadis kaya yang jatuh cinta dengan seorang artis rock dalam siri drama TVNShut Up Flower Boy Band.[5][6][7] Akhir tahun itu, beliau muncul dalam siri TV rangkaian pertamanya dengan peranan sokongan dalam drama MBCHorse Doctor.[8]
Pada tahun 2013, Jo dan Kim Woo-bin menjadi pengacara bersama dalam rancangan muzik mingguan MnetM Countdown selama dua minggu (pada 4 dan 11 April).[9]
Jo diberikan peranan dalam filem pertamanya pada tahun 2014, sebagai remaja bermasalah dan menggoda yang obses dengan guru gimnya dalam thriller erotik Innocent Thing.[10] Kembali di kabel televisyen, beliau memainkan peranan utama dalam siri komedi romantis The Idle Mermaid, sebuah drama moden yang diceritakan semula dari cerita kanak-kanak The Little Mermaid di mana drama tersebut berkisar di tengah-tengah tempat kerja yang kompetitif.[11]
Jo mencuba genre baru pada tahun 2015 dengan drama prosedur polis terbitan OCN berjudul The Missing, dan beliau berperanan sebagai detektif untuk pasukan petugas yang mengkhusus menyiasat ke-kes orang hilang.[12] Beliau kemudian menyertai barisan pelakon terkenal dalam drama keluarga hujung minggu terbitan KBS berjudul All About My Mom,[13][14] dan membintangi siri web Love Cells 2, diadaptasi dari webtoon dengan tajuk yang sama.[15]
Pada tahun 2016, Jo membintangi sebuah melodrama balas dendam Monster dan siri komedi romantis Sweet Stranger and Me.[16][17] Pada tahun 2017, beliau membintangi sebuah melodrama romantik Temperature of Love,[18] dan drama khas dua episod Let's Meet, Joo-oh.[19]
Pada tahun 2018, Jo membintangi drama Goodbye to Goodbye, berdasarkan webtoon mengenai kisah dua wanita. Beliau memainkan peranan sebagai pelajar universiti yang menghadapi cabaran sebagai ibu tunggal.[20][21] Pada tahun yang sama, beliau membintangi drama komedi romantis My Strange Hero.[22]
Pada tahun 2020, Jo membintangi drama romantik Forest sebagai doktor.[23] Pada tahun yang sama beliau membintangi drama fantasi Tale of the Nine Tailed sebagai penerbit televisyen.[24]
^Kim, Dan-hee (July 1, 2015). 부탁해요 엄마', 대본 리딩 현장 공개...'쟁쟁한 라인업'. Top Star News (dalam bahasa Korean). Dicapai pada July 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Lee, Eun-won (July 1, 2015). '부탁해요, 엄마' 유진 이상우 오민석 최태준, 대본 리딩 현장 공개. Star Daily News (dalam bahasa Korean). Dicapai pada July 2, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Kim, Ji-hye (July 24, 2015). '조보아, 웹드라마 '연애세포2' 출연.. 임슬옹와 호흡 맞춘다. TenAsia (dalam bahasa Korean). Dicapai pada July 24, 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)
^Choi Jin-sil (January 17, 2020). [하이원서울가요대상 D-13]신동엽X김희철X조보아, 특급 MC 라인업 완성 [[Hi1 Seoul Music Awards D-13] Shin Dong-yup X Kim Hee-chul X Jo Bo-ah, special MC lineup completed]. Sports Seoul (dalam bahasa Korea). Dicapai pada October 10, 2020.
^Jung, Yu-jin (December 31, 2018). 소지섭 ‘데뷔 23년 만에 첫 대상’(mbc연기대상)[포토엔HD] [So Ji-sub Soo'First Debut in 23 Years' (mbc Drama Awards)[Photo and HD]]. Newsen (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 31, 2018. Dicapai pada June 5, 2020 – melalui Naver.