Jeram (Jawi: جرمcode: ms is deprecated ; juga dikenali sebagai cegar, chegar, giam, lata, riam, olak dan wong) ialah bahagian daripada sungai yang memiliki arus sungai yang deras, sama seperti air terjun,[1] tetapi yang membezakanya ialah kedalamannya, di mana jeram lebih cetek atau rendah berbanding dengan air terjun.[2] Jeram merupakan salah-satu ciri hidrologi antara arus (bahagian aliran sungai yang lancar) dan air terjun. Jeram dicirikan oleh sungai menjadikan ia lebih cetek atau rendah dengan beberapa batu-batuan sungai yang besar-besar dan sentiasa terdedah dengan air sungai.[3]
Sehingga kini, terdapat 584 buah jeram yang direkodkan serata Malaysia, di pangkalan data GeoNames.[4]
Pembentukan
Jeram terbentuk apabila struktur batu-batuan sungai yang dalam keadaan condong dan berselang-seli antara batuan yang lembut dan keras.[5] Pergerakan air terjun seakan-akan terlihat seperti bertingkat-tingkat kerana 'sekatan' kecil pada aliran sungai tersebut, yang disebabkan oleh perubahan mengejut gradien.[6]
Tarikan pelancong
Aktiviti perakitan (water rafting), juga dikenali sebagai aktiviti meredah jeram dan rakit redah jeram merupakan sukan lasak yang boleh dilakukan di jeram.[7]
Penamaan
Malaysia
Dalam peta yang diterbitkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), singkatan rasmi bagi jeram ialah "J.". Terjemahan rasmi dalam Bahasa Inggeris pula ialah rapids.[8][9][10] Penaaman sebuah nama tempat, petempatan dan lokalti yang menggunakan nama jeram telah digunakan secara meluas di Malaysia, seperti contoh Kampung Jeram, sebuah kampung di Perak, Mukim Jeram di tiga buah negeri iaitu di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan serta Daerah Kuala Selangor, Selangor.[8] Terdapat 211 buah entri identiti geografi (seperti sungai, bukit, petempatan dan sebagainya) yang didaftarkan dalam Gazetir Kebangsaan Malaysia yang menggunakan perkataan "jeram",[11] 476 buah rekod yang didaftarkan dalam GeoNames,[12] dan 559 buah rekod dalam Pelayan Nama GEOnet, National Geospatial-Intelligence Agency.[13]
^"jeram I". Kamus Dewan Edisi Keempat (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Februari 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
^Twigger, Robert (2014). Red Nile : A Biography of the World's Greatest River (ed. satu AS). New York: St. Martin's Press. m/s. 51. ISBN978-1-250-05233-9. OCLC883962326. A benign cousin to damnosum inhabits the river beyond the Sudd, between the third and fourth cataracts in Sudan (a cataract is a rocky obfuscation, a short series of micro-ledgelike waterfalls across the river).
^"jeram". Kamus Pelajar Edisi Kedua (ed. ke-2). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Dicapai pada 21 Februari 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
^Wan Noor Azmi Wan Mod Nor; Rusidah Mohd Akil; Mazlina Mansor (2008). Teks dan Rujukan Lengkap PMR Geografi. Balakong, Selangor: Arah Pendidikan Sdn. Bhd. ISBN9789833717378.
^Cheng Long Goh (2010). Atlas Sumber dan Geografi Fizikal. Cheras, Kuala Lumpur: Insitut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. m/s. 131. ISBN9789830685212.
^ abJabatan Tentera Laut Amerika Syarikat (Oktober 1944). Gazetter (No. 11) – Malay States [Gazetir (Ke-11) Tanah Melayu] (dalam bahasa Inggeris). Washington: US Goverment Printing Office. Dicapai pada 20 Februari 2020.
^M. Mohizah, S. Julia and W. K. Soh (2006). A Sarawak Gazetteer [Gazetir Sarawak] (PDF). Jabatan Hutan Sarawak dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. ISBN983-2181-86-0. OCLC85818866. Diarkibkan daripada yang asal(PDF) pada 27 Julai 2011. Dicapai pada 18 Mei 2021.