Jenis media Internet ialah pengenal pasti dengan dua bahagian untuk format fail di Internet. Pengenal-pengenal pasti ini pada mulanya ditakrifkan dalam RFC 2046 untuk diguna dalam e-mel yang dihantar melalui SMTP, namun kegunaannya telah berkembang kepada protokol-protokol lain seperti HTTP, RTP dan SIP. Jenis-jenis ini dipanggil jenis MIME, dan kadangkala dirujuk sebagai Content-type, sempena nama pengepala dalam beberapa protokol di mana nilainya adalah antara jenis ini. Nama asalnnya iaitu jenis MIME merujuk kepada kegunaannya untuk mengenal pasti bahagian bukan ASCII bagi sesebuah pesanan e-mel yang dikarang menggunakan tentuan MIME (Perluasan Mel Internet Serbaguna[1] atau bahasa Inggerisnya Multipurpose Internet Mail Extension). Tanpa jenis MIME, pelanggan e-mel tidak akan memahami sama ada fail lampiran ialah fail grafik atau fail hamparan dan sebagainya, lantas tidak dapat mengendalikan lampiran tersebut dengan betul.
Jenis media terdiri daripada dua atau lebih bahagian: jenis, subjenis, dan sifar atau lebih parameter tak wajib. Contohnya, subjenis bagi text
mempunyai parameter tidak wajib charset
yang boleh disertakan untuk memberitahu pengekodan aksara (misalnya text/html; charset=UTF-8
), dan subjenis bagi jenis multipart
sering mentakrifkan boundary
antara bahagiannya. Nilai-nilai charset
yang dibenarkan ditakrifkan dalam senarai set-set aksara IANA.
IANA mengurus senarai rasmi bagi jenis-jenis media, yang antara isinya ialah jenis-jenis berikut:
Jenis application
Untuk fail-fail serbaguna:
application/atom+xml
: suapan Atom
application/ecmascript
: ECMAScript/JavaScript; Ditakrifkan dalam RFC 4329 (bersamaan dengan application/javascript
tetapi peraturan pemprosesannya lebih ketat)
application/EDI-X12
: Data X12 EDI; Ditakrifkan dalam RFC 1767
application/EDIFACT
: Data EDIFACT EDI; Ditakrifkan dalam RFC 1767
application/json
: JavaScript Object Notation JSON; Ditakrifkan dalam RFC 4627
application/javascript
: ECMAScript/JavaScript; Ditakrifkan dalam RFC 4329 (bersamaan dengan application/ecmascript
tetapi peraturan pemprosesannya lebih longgar) Tidak diterima dalam IE 8 atau yang lebih awal - text/javascript
diterima tetapi ia diisytihar lapuk dalam RFC 4329. Atribut "type" bagi tag <script>
dalam HTML5 adalah tak wajib. Secara praktik, tidak meletakkan jenis media bagi atur-atur cara JavaScript adalah penyelesaian yang paling boleh saling kendali (interoperable), kerana semua pelayar sentiasa menanggap lalaian yang betul walaupun sebelum HTML5.
application/octet-stream
: Data perduaan rawak.[2] Secara am, jenis ini mengenal pasti fail-fail yang tidak berkaitan dengan mana-mana aplikasi. Berlawanan dengan anggapan lepas oleh perisian pakej seperti Apache, jenis ini bukan yang patut dipakai untuk fail-fail yang tidak diketahui. Jenis kandungan bagi fail yang tidak diketahui sepatutnya jangan dinyatakan jenisnya kerana mungkin salah, sebaliknya, biarkan penerimanya meneka jenis fail berkenaan.[3]
application/ogg
: Ogg, format bekas strim bit multimedia; Ditakrifkan dalam RFC 5334
application/pdf
: Portable Document Format, PDF telah digunakan untuk bertukar-tukar dokumen di Internet sejak 1993; Ditakrifkan dalam RFC 3778
application/postscript
: PostScript; Ditakrifkan dalam RFC 2046
application/rdf+xml
: Resource Description Framework; Ditakrifkan oleh RFC 3870
application/rss+xml
: Suapan RSS
application/soap+xml
: SOAP; Ditakrifkan oleh RFC 3902
application/font-woff
: Web Open Font Format; (baru cadangan calon; guna application/x-font-woff
sebelum dipiawaikan secara rasmi)
application/xhtml+xml
: XHTML; Ditakrifkan oleh RFC 3236
application/xml
: Fail XML; Ditakrifkan oleh RFC 3023
application/xml-dtd
: Fail DTD; Ditakrifkan oleh RFC 3023
application/xop+xml
:XOP
application/zip
: Fail ZIP; Berdaftar[4]
application/gzip
: Gzip, Ditakrifkan dalam RFC 6713
Jenis audio
Untuk Audio.
Jenis image
Jenis message
Jenis model
Untuk model 3D.
Jenis multipart
Untuk arkib dan objek-objek lain yang diperbuat daripada lebih daripada satu bahagian.
Jenis text
Untuk teks dan kod sumber yang boleh dibaca orang.
text/cmd
: suruhan; residen subjenis dalam pelayar-pelayar Gecko seperti Firefox 3.5
text/css
: Cascading Style Sheets; Ditakrifkan dalam RFC 2318
text/csv
: Comma-separated values; Ditakrifkan dalam RFC 4180
text/html
: HTML; Ditakrifkan dalam RFC 2854
text/javascript
(Lapuk): JavaScript; Ditakrifkan dalam serta dilapukkan oleh RFC 4329 untuk tidak menggalakkan penggunaannya, supaya diganti oleh application/javascript
. Pun begitu, text/javascript
dibenarkan dalam HTML 4 serta 5 dan, tidak seperti application/javascript
, ada sokongan rentas pelayar. Atribut "type" bagi tag <script>
dalam HTML5 tidak diwajibkan dan tidak perlu langsung diguna kerana semua pelayar web sentiasa menganggap lalaian yang betul (malah dalam HTML 4 yang dinyatakan dalam tentuan sebagai perlu).
text/plain
: Data teks; Ditakrifkan dalam RFC 2046 dan RFC 3676
text/vcard
: vCard (maklumat hubungan); Ditakrifkan dalam RFC 6350
text/xml
: Extensible Markup Language; Ditakrifkan dalam RFC 3023
Jenis video
Untuk video.
Rujukan
Pautan luar