Ivan Janša [i-van yan-sya] / [ˈíːʋan ˈjàːnʃa][1] lahir pada 17 September 1958), dikenali sebagai Janez Janša [jàːnɛs][2], ialah seorang ahli politik Slovenia yang merupakan Perdana Menteri Slovenia semasa, yang juha pernah berkhidmat dari 2004 hingga 2008 dan sekali lagi dari 2012 hingga 2013. Beliau telah memimpin Parti Demokratik Slovenia sejak 1993. Janša menjawat kerusi Menteri Pertahanan negara tersebut dari tahun 1990 hingga 1994, terutamanya semasa meletusnya Perang Kemerdekaan Slovenia dari Jun sehingga Julai 1991. Janša kalah dalam bidaan keempat untuk jawatan perdana menteri pada April 2022, apanila partinya dikalahkan oleh parti Gerakan Kebebasan.[3]
Janša menjadi Perdana Menteri sekali lagi pada 2012 berikutan pilihan raya awal pada Disember tahun sebelumnya. Pada 27 Februari 2013, kerajaan kedua Janša digulingkan dengan proses pengundian, Oleh hal yang demikian, Alenka Bratušek dari parti Slovenia Positif ditugaskan untuk membentuk kerajaan yang baru.[4] Pada 5 Jun 2013, Janša dihukum dua tahun penjara atas tuduhan rasuah.[5] Keputusan itu disahkan oleh Mahkamah Tinggi Slovenia pada 28 April 2014[6] dan sebulat suara dibatalkan oleh Mahkamah Perlembagaan Slovenia pada 23 April 2015.[7]
Kehidupan awal dan pendidikan
Beliau dilahirkan kepada keluarga penganut mazhab Katolik Rom dalam kelas pekerja di Grosuplje. Bapanya merupakan ahli Pengawal Rumah Slovenia dari Dobrova dekat Ljubljana yang terlepas daripada pembalasan Komunis kerana usianya yang muda.[8]
Janša lulus dari Fakulti Sains Sosial Universiti Ljubljana dengan ijazah dalam Pengajian Pertahanan pada tahun 1982, dan menjadi pelatih di Sekretariat Pertahanan Republik Sosialis Slovenia. Beliau kemudiannya menyertai Liga Komunis Sloveniaserta menjadi salah seorang pemimpin sayap pemuda dalam liga tersebut. Beliau menjadi presiden Jawatankuasa Pertahanan Rakyat Asas dan Perlindungan Diri Sosial Liga Pemuda Sosialis Slovenia.
Kehidupan peribadi
Kabinet Janez Janša pada tahun 2004.
Janša adalah pendaki gunung yang aktif, pemain golf, pemain bola sepak, pemain ski dan peluncur salji.[9]
Sejak Julai 2009, Janša telah berkahwin dengan Urška Bačovnik (MD) dari Velenje. Kedua-dua mereka telah bercinta sejak 2006.[10] Pada bulan Ogos 2011, anak mereka Črtomir dilahirkan.[11] Anak kedua mereka, Jakob, dilahirkan pada bulan Ogos 2013.[12]
Sebelum perkahwinannya dengan Urška Bačovnik, Janša berada dalam hubungan jangka panjang dengan Silva Predalič, yang melahirkan dua anak, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.[13][14]
^"Curriculum Vitae". Office of the Prime Minister. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-09-20. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"Janša ima sina Jakoba" [Janša Has the Son Jakob] (dalam bahasa Slovenian). Slovenskenovice.si. 13 August 2008.CS1 maint: unrecognized language (link)
^"Curriculum Vitae". Office of the Prime Minister. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-20. Dicapai pada 2008-09-20. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
^"Janša poročen s Silvio" (dalam bahasa Slovenian). Vest.si. 27 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Oktober 2008. Dicapai pada 20 September 2008. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)