Jambatan ini terletak di jalur kereta api antara Shanghai dan Nanjing di wilayah Jiangsu. Ia terletak di Delta Sungai Yangtze di mana geografi dicirikan oleh sawah padi, kanal, sungai, dan tasik. Jambatan ini berjalan agak selari dengan Sungai Yangtze, kira-kira 8 hingga 80 km (5 hingga 50 bt) pajang menghala ke selatan sungai itu. Ia melewati tepi utara pusat-pusat penduduk (dari barat ke timur) bermula dari Danyang, Changzhou, Kunshan. Terdapat bahagian 9-kilometer panjang (5.6 bt) dia atas kawasan air terbuka melintasi Tasik Yangcheng di Suzhou.[1]
Ia telah siap pada tahun 2010 dan dibuka pada tahun 2011. Mempunyai 10,000 orang, pembinaan mengambil masa empat tahun dan kos kira-kira $ 8.5 bilion.[1] Jambatan Grand Danyang-Kunshan kini memegang Rekod Dunia Guinness untuk jambatan terpanjang di dunia dalam sebarang kategori setakat Jun 2011[kemas kini].[3][4]
Lihat juga
Jambatan Teluk Jiaozhou, juga dikenali sebagai Jambatan Haiwan Qingdao. Sesetengah sumber web keliru dengan Jambatan Danyang—Kunshan dengan Jambatan teluk Jiaozhou atau salah satu segmen jambatan-jambatan ini. Kedua-dua jambatan tidak berkaitan.