JBJ (Hangul: 제이비제이code: ko is deprecated ) adalah kumpulan lelaki dari Korea Selatan yang terdiri daripada enam orang ahli yang pernah mengambil bahagian dalam rancangan realiti kendalian Mnet, Produce 101 Musim 2 pada tahun 2017.[1][3] Kumpulan ini diuruskan oleh Fave Entertainment, manakala CJ E&M mengendalikan urusan promosi.[4][5] Kumpulan ini debut pada 18 Oktober 2017 dengan album mini pertama mereka Fantasy.[2] Mereka mengadakan konsert terakhir mereka pada 22 April 2018 dan dibubarkan pada 30 April 2018.[6]
Sejarah
Pra-debut
Produce 101 Season 2 ditayangkan secara perdana di Mnet pada April 2017, di mana 101 pelatih lelaki dari pelbagai syarikat hiburan Korea Selatan bertanding untuk debut dalam kumpulan lelaki 11 orang ahli yang akan mempromosikan selama dua tahun di bawah YMC Entertainment. Rancangan ini berakhir pada 16 Jun dan membentuk kumpulan projek Wanna One.[7] Pada hari yang sama, peminat rancangan tersebut telah menamakan Kenta Takada dari Star Road Entertainment, Jin Long-guo dari Choon Entertainment, Kim Sang-gyun dari Hunus Entertainment, dan Kim Tae-dong dari The Vibe Label (kemudian dikenali sebagai Major Nine), sebagai pelatih yang tersingkir yang mahu mereka debut bersama sebagai kumpulan projek yang setaraf dengan Produce 101I.B.I.[1][B] Para peminat dengan tentunya menamakan kumpulan ini "JBJ", yang bermaksud frasa Korea 정말 바람직한 조합, yang bermaksud "A Really Desirable Combination (Gabungan Paling Diingini)", dan "Just Be Joyful (Jadilah Gembira)".[1][C] Kemudian, Roh Tae-hyun dari Ardor & Able (kemudian dikenali sebagai Star Crew Entertainment), Kim Dong-han dari OUI Entertainment, dan Kwon Hyun-bin dari YGKPlus segera ditambahkan ke dalam kumpulan yang dibayangkan peminat setelah foto di Instagram yang disiarkan oleh Taehyun mendapat maklum balas positif daripada peminat.[3][8][9]
Perbincangan untuk membentuk dan debut secara rasmi JBJ bermula sekitar awal bulan Julai 2017 antara tujuh ahli tentatif dan agensi masing-masing.[10]CJ E&M and LOEN Entertainment juga turut serta dalam perbincangan tersebut sebagai syarikat pengurusan yang dimaksudkan untuk pengeluaran dan aktiviti kumpulan masing-masing.[4][5] Fave Entertainment, label dalaman LOEN Entertainment, ditugaskan untuk menjadi agensi rasmi kumpulan ini.[5] Pada 25 Julai, pelatih dan syarikat telah mencapai persetujuan.[4] Dilaporkan bahawa kontrak kumpulan ini akan berlangsung selama tujuh bulan, tetapi LOEN Entertainment menyatakan bahawa mereka terbuka untuk sebarang perbincangan untuk memperpanjang kontrak kumpulan tersebut.[2] JBJ dijadualkan untuk debut pada 10 September dengan ketujuh anggota, [4] tetapi kemudian disahkan untuk debut pada 18 Oktober tanpa Kim Ta-dong.[2]
Penyertaan Kim Tae-dong dalam kumpulan itu tidak disahkan kerana konflik yang berterusan dengan agensinya, The Vibe Label.[11] Pada 27 Julai, Kim Tae-dong telah menghantar agensinya perakuan kandungan dan meminta kontraknya ditamatkan.[12] Sejak itu, pihak-pihak yang terlibat, termasuk CJ E&M dan LOEN Entertainment, telah mengadakan banyak pertemuan untuk menyelesaikan konflik tersebut, tetapi, pada 7 September, masih belum mencapai kesepakatan.[11] Setelah lebih dari satu tahun tidak aktif, di mana dia tidak dapat mempromosikan sebagai anggota rasmi JBJ, dia telah kembali ke agensi itu, yang sekarang dipanggil Major 9 Entertainment.[13][sumber tak boleh dipercayai?]
2017: Debut dengan Fantasy
Rancangan realiti pertama kumpulan, "Just be Joyful JBJ", mula ditayangkan pada 27 September 2017 di Mnet M2 Channel.[14]
JBJ mengeluarkan album mini debut pertama mereka Fantasy pada 18 Oktober 2017 dengan single utama "Fantasy". Mereka juga mengadakan debut showcase di Gimnasium Universiti Hwajung Korea pada hari yang sama. Pada 19 Oktober, JBJ membuat pentas debut rasmi mereka di program muzik M Countdown dengan menampilkan single utama "Fantasy" bersama dengan lagu "Say My Name".[15]
Pada 19 Oktober, diumumkan bahawa JBJ akan mengadakan perjumpaan peminat di seluruh Asia, bermula di Jepun (Tokyo dan Osaka) masing-masing pada 23 dan 26 November.[16]
Pada 21 Disember, disahkan bahawa album baru JBJ akan dikeluarkan pada Januari 2018 dan juga mengumumkan bahawa JBJ akan mengadakan konsert solo pertama mereka yang bertajuk JBJ 1st Concert [Really Desirable Concert] dari 3 hingga 4 Februari 2018 Konsert dua hari itu diadakan di Olympic Park's Olympic Hall.[17] It was reported that the 7,000 available tickets sold out in under a minute.[18]
2018: True Colors
Pada 3 Januari 2018, JBJ mengumumkan album mini kedua bertajuk True Colors dan juga mendedahkan senarai lagu untuk album mini ini, diikuti oleh enam gambar teaser setiap ahli setiap enam hari berikutnya. Satu hari kemudian, empat gambar teaser kumpulan ini didedahkan. Dua hari kemudian, teaser video muzik untuk single utama "My Flower" dikeluarkan dan video album mini spoiler dikeluarkan tiga hari kemudian.[19][sumber tak boleh dipercayai?]
Berikutan dengan keluaran True Colors pada 17 Januari, JBJ mengadakan showcase comeback bertajuk Joyful Colors di Yes24 Live Hall pada hari yang sama.[20]
Pada 18 Januari, Fave Entertainment mengumumkan bahawa pertemuan peminat JBJ di seluruh Asia telah selesai dan selesai di Filipina pada 14 Januari.[21][22]
JBJ menerima kemenangan program muzik pertama mereka dengan "My Flower" pada episod 26 Januari di Music Bank.[23]
Kemungkinan pelanjutan kontrak
Pada asalnya, JBJ ditetapkan untuk bubar pada bulan April 2018. Namun, keenam-enam ahli menyatakan minat untuk memperpanjang kontrak mereka, telah ada perbincangan mengenai kemungkinan perpanjangan kontrak mereka.[24] Pada 22 Februari, Fave Entertainment dan semua agensi ahli secara rasmi telah membincangkan kemungkinan perpanjangan kontrak sehingga Disember 2018.[25][26] Pada 14 Mac, Fave Entertainment mengesahkan bahawa promosi tujuh bulan JBJ akan ditutup dengan tamatnya kontrak pengurusan pada 30 April, kerana syarikat memutuskan untuk tidak memperpanjang kontrak. Ahli tetap akan aktif mempromosikan sehingga tamat kontrak mereka.[6]
New Moon dan dibubarkan
Pada 15 Mac 2018, JBJ mengesahkan bahawa mereka akan mengeluarkan single terakhir mereka "New Moon" pada 17 April dan juga mengumumkan rancangan untuk mengadakan konsert domestik dan perjumpaan peminat sebelum tarikh pembubaran rasmi pada 30 April.[27] Pada 19 Mac, JBJ mengumumkan perincian mengenai konsert solo terakhir, bertajuk 'JBJ Really Desirable Concert [Epilogue], yang akan berlangsung di Seoul dari 21 hingga 22 April 2018, sebagai lanjutan daripada konsert pertama mereka Really Desirable Concert pada bulan Februari. Konsert dua hari itu diadakan di Olympic Handball Gymnasium.[28]
JBJ mengeluarkan album terakhir mereka New Moon pada 17 April. Album ini mengandungj tiga buah lagu baru selain semua lagu dari album mini sebelum ini iaitu Fantasy dan True Colors.[29]
Pada 22 April, JBJ mengakhiri konsert terakhir mereka JBJ Really Desirable Concert [Epilogue] sebagai persembahan terakhir mereka.[30][31]
Kumpulan ini secara rasmi dibubarkan pada 30 April 2018, kerana kontrak ahli dengan Fave Entertainment telah tamat.[6]
Ahli
Nama
Pengenalan ringkas
Pentas
Penuh
Taehyun (태현)
Roh Tae-hyun (노태현 · 盧太鉉)
Tarikh lahir: (1993-10-15) 15 Oktober 1993 (umur 31)
^Terjemahan kasar bagi "Jeil Baramjikan Joha" (Hangul: 제일 바람직한 조합code: ko is deprecated )[2]
^Excerpt: "이런 가운데 남자판 아이비아이(I.B.I)는 벌써 나온 듯 하다. 국민 프로듀서 사이에서 '켄콜태균'이라는 조합이 큰 인기를 얻고 있다. 3차 순위 발표식 당시 아깝게 방출된 타카다 켄타(스타로드), 김용국(춘엔터), 김태동(더바이브), 김상균(후너스)을 일컫는 말이다. 이들의 데뷔까지 바라는 국민 프로듀서가 많다."[1] Terjemahan kasar: Ahli lelaki yang mungkin setara dengan I.B.I juga telah dipilih. Peminat rancangan itu menyebut mereka sebagai "Kenkoltaegyun", yang terdiri daripada Kenta (Star Road), Jin Longguo (Choon), Kim Taedong (Vibe), and Kim Sanggyun (Hunus). Peminat berharap dapat melihat mereka debut sebagai kumpulan.
^Excerpt: "시즌2에도 이런 조합이 있다. 국민 프로듀서들은 타카다 켄타, 김용국, 김태동, 김상균에게 JBJ(Just Be Joyful의 약자)이라는 애칭까지 붙여줬다."[1]
^Dikenali di Korea sebagai Kim Yong-guk (Hangul: 김용국code: ko is deprecated )[32] atau nama pentasnya, Yongguk (Hangul: 용국code: ko is deprecated )
Rujukan
^ abcdefLee, Ho-yeon (2017-06-16). "제2의 아이비아이"…'프듀2' 켄콜태균을 아십니까?. Herald Pop (dalam bahasa Korea). Herald Corporation. Dicapai pada 2017-09-16.
^"月間 CDアルバムランキング 2018年04月度" [CD album monthly ranking of April 2018] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada May 9, 2018. Dicapai pada May 9, 2018.
^"月間 CDアルバムランキング 2018年01月度" [CD album monthly ranking of January 2018] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2018. Dicapai pada February 14, 2018.