Identiti Negeri Pahang

Bendera Negeri Pahang

Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.

Putih adalah melambangkan raja. Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

Jata Negeri Pahang

Mata cogan itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran. Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyhur yang utama di Negeri Pahang. Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas. Gading yang bersilang di bawah cogan itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar. Kalimah "Ya La Tif" bermaksud yang lemah lembut. Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan. "Ya La Tif" juga dijadikan azimat yang berguna.

Lagu

Allah Selamatkan Sultan Kami

Allah Selamatkan Sultan Kami [1]
Bahasa Melayu [2][3] [4] Tulisan Jawi transkripsi IPA [a] Bahasa Inggeris

Ya Allah yang maha kuasa [2][3]

Lanjutkan usia [2][3]

Duli yang maha mulia [2][3]

Dirgahayu, darul makmur [2][3]

Aman dan bahagia sentiasa [2][3]

Ya Allah selamatkan [2][3]

Duli tuanku raja kami. [2][3]

يا الله يڠ مها كواس لنجوتكن أوسيا دولي يڠ مها موليا ديرݢاهايو دار المعمور أمان دان بهاݢيا سنتياس يا ألله سلامتكن دولي توانكو راج كامي

[ja allah jaŋ maha kuasa]
[landʒutkan usia]
[duli jaŋ maha mulia]
[dirgahaju darul maʔmur]
[aman dan bahagia səntiasa]
[ja allah səlamatkan]
[duli tuanku radʒa kami]

O God the Almighty
Grant a long life
To His Royal Highness
Long live to you, our Land of Tranquility
Grant us peace and happiness
O Almighty Lord, bless
His Royal Highness, our King.

Bandar utama

Kuantan

Peta

Peta Pahang
Lokasi Negeri Pahang di Malaysia.
Lokasi Pahang di Malaysia

Nota

Rujukan

  1. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  2. ^ a b c d e f g h Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Pahang - Allah Selamatkan Sultan Kami". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  3. ^ a b c d e f g h DiRaja Pahang. "Lagu Negeri Pahang - Allah Selamatkan Sultan Kami". www.dirajapahang.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ Portal Diraja Pahang 2016.

Pautan Lainnya