Identiti Negeri Kelantan

Bendera Negeri Kelantan

Latar belakang bendera Kelantan yang berwarna Merah membawa maksud kejujuran raja, pembesar dan rakyat jelata kepada negeri, warna putih bermaksud kesucian Sultan yang memerintah negeri Kelantan. Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam. Tombak dan Keris menandakan kekuatan dan kegagahan orang-orang Melayu Kelantan.

Sejarah

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari kurun ke-18 sehingga tahun 1912.

Sejak kurun ke-18 hingga tahun 1912, Kelantan menggunakan bendera putih. Bendera ini menyerupai bendera negeri Terengganu.

Bendera negeri Kelantan yang digunakan dari tahun 1912 hingga 1923. Sumber worldstatesmen[1]

Selepas Kelantan menerima kehadiran penasihat British pada tahun 1909 (disebabkan Perjanjian Bangkok 1909). Pada tahun 1910 hingga 1923, Kelantan menggunakan bendera yang berlainan. Bendera ini digunakan sebagai panji-panji negeri Kelantan ketika pemerintahan Sultan Muhammad IV[2].

Bendera yang digunakan oleh kerabat diraja Sultan Kelantan pada tahun 1912-1923.

Bendera ini direkabentuk daripada kaligrafi ayat Quran yang membentuk seperti gambaran anjing Qitmir yang menjadi peneman pemuda Ashabul Kahfi, ada juga yang mengatakan ianya adalah bentuk seekor harimau . Dari selidikan yang dibuat, panji-panji ini dikenali sebagai Nasrun Min Allah dengan petikan ayat ke-13 Surah As-Saff

يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّـٰتٍ تَجْرِى مِن تَحْتِهَا ٱلْأَنْهَـٰرُ وَمَسَـٰكِنَ طَيِّبَةً فِى جَنَّـٰتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ ٱلْفَوْزُ ٱلْعَظِيمُ (١٣)-Maksudnya: Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.

Selepas pemansuhan bendera 1912-1923, Kelantan mula menggunakan bendera warna merah-putih baharu pada tahun 1924 semasa zaman pemerintahan Sultan Ismail ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV. Bendera ini digunakan secara rasminya hingga kini.

Jata Negeri Kelantan

Mahkota itu tanda kedaulatan Sultan Kelantan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Bulan sabit dan bintang adalah tanda agama rasmi yakni Islam.

Dua laras meriam itu maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa bersedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini di masa Che' Wan Kembang (Che'Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun ke-14) yang terlalu kasih pada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu. Cogan jata ini ialah "Berserah Kepada Tuhan Kerajaan Kelantan"

Lagu

Selamat Sultan

Selamat Sultan [3]
Bahasa Melayu [4][5] Tulisan Jawi transkripsi IPA [a] Bahasa Inggeris

Lanjutkan usia Al-Sultan kami, [4][5]

Sultan Kelantan raja ikrami, [4][5]

Aman sentosa Tuhan sirami, [4][5]

Kekal memerintah kami. [4][5]


Kasih dan taat setia disembahkan, [4][5]

Keriangan diucapkan, [4][5]

Segala kebesaran Allah cucurkan, [4][5]

Bertambah kemuliaan. [4][5]

لنجوتكن اوسيا السلطان کامي
سلطان کلنتن راج اکرامي
امان سنتوسا توهن سيرمي
ککال ممرينته کامي

کاسيه دان طاعت ستيا دسمبهکن
کرياڠن دأوچڤکن
سݢالا کبسرن ﷲ چوچورکن
برتمبه کمولياءن

[landʒutkan usia alsultan kami]
[sultan kəˈlantan radʒa iʔrami]
[aman səntosa tuhan sirami]
[kəkal məmərintah kami]
[kasih dan taʔat sətia disəmbahkan]
[kəriaŋan diutʃapkan]
[səgala kəbəsaran allah ʃutʃurkan]
[bərtambah kəmuliaʔan]

Prolonged be the life of our Sultan,
The divine Sultan of Kelantan,
In peace with God's blessing,
Forever rule over us.

Love and loyalty we offer,
A wish of happiness we utter,
May God bless him with greatness,
And his glory increase.

Bandar utama

Kota Bharu

Peta

Peta Kelantan
Lokasi Negeri Kelantan di Malaysia.
Lokasi Kelantan di Malaysia

Nota

Rujukan

  1. ^ http://www.worldstatesmen.org/Malay_states.htm Klik pautan untuk ke laman asal imej
  2. ^ Kaligram singa Ali di Kelantan tanda penghormatan keluarga Saidina Ali
  3. ^ Pascal Yes. "Malaysian National, States, Region, and Federal Territory Official Anthems" (PDF). pascal-yes.com.my. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  4. ^ a b c d e f g h i Lyrics Translate. "Lirik Lagu Rasmi Negeri Kelantan - Selamat Sultan". lyricstranslate.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)
  5. ^ a b c d e f g h i Oh Lirik. "Lagu Negeri Kelantan - Selamat Sultan". ohlirik.com. Dicapai pada 16 Januari 2023.(dalam bahasa Bahasa Melayu)

Pautan Lainnya