Ibn ʿArabī (Arab: ابن عربيcode: ar is deprecated , ALA-LC: Ibn ʻArabī, nama penuh: أبو عبد الله محـمـد بن عربي الطائي الحاتميcode: ar is deprecated , Abū ʻAbd Allāh Muḥammad ibn ʻArabī al-Ṭāʼī al-Ḥātimī; 1165–1240)[1] ialah seorang sarjana ArabAndalusia, mistik, penyair, dan ahli falsafah, sangat berpengaruh dalam pemikiran Islam. Daripada 850 karya yang dikaitkan dengannya, kira-kira 700 adalah sahih manakala lebih 400 masih wujud. Ajaran kosmologinya menjadi pandangan dunia yang dominan di banyak bahagian dunia Islam.[2]
Gelaran tradisionalnya ialah Muḥyīddīn (Arab: محيي الدينcode: ar is deprecated ; Penghidupkan Agama).[3][4][5] Selepas meninggal dunia, dan khususnya dalam kalangan pengamal tasawuf, dia terkenal dengan gelaran kehormatan Syaikh al-Akbar (Arab: الشيخ الأكبرcode: ar is deprecated ).[6] Hal ini seterusnya menjadi asas kepada asal usul nama mazhab Sufi yakni "mazhab Akbari", serta menjadikannya dikenali sebagai Doktor Maximus (Guru Terhebat) di Eropah pada zaman pertengahan.[7] Ibn ʿArabī dianggap sebagai seorang wali oleh sebahagian ulama dan masyarakat Islam.[8][9]
Rujukan
^Chittick, William (Summer 2018). "Ibn Arabi". Dalam Zalta, Edward N. (penyunting). Stanford Encyclopedia of Philosophy. Stanford: Metaphysics Research Lab, Stanford University. Dicapai pada 19 July 2018. Ibn ‘Arabî referred to himself with fuller versions of his name, such as Abû ‘Abdallâh Muhammad ibn ‘Alî ibn al-‘Arabî al-Tâ’î al-Hâtimî (the last three names indicating his noble Arab lineage)
^Ibrahim Kalin, Salim Ayduz The Oxford Encyclopedia of Philosophy, Science, and Technology in Islam, Vol. 1 (Oxford University Press, 2014 ISBN9780199812578), p. 162
^Nasr, Hossein (1976). Three Muslim sages : Avicenna, Suhrawardī, Ibn ʻArabī (dalam bahasa Inggeris). New York: Caravan Books. ISBN9780882065007.