IShowSpeed
Darren Jason Watkins Jr. (juga dikenali dengan sebutan IShowSpeed)[1] (lahir 21 Januari 2005)[2] ialah seorang penyanyi, rapper, selebriti internet, dan YouTuber Amerika Syarikat, berasal dari Ohio. Gaya muziknya bernuansa pop, hip-hop, dan rap. Di saluran YouTubenya, yang diwujudkan pada Mac 2016 telah memiliki sekitar 32 juta langganan serta telah ditonton lebih dari 3.1 bilion kali.[3][4] Lawatan di MalaysiaIShowSpeed telah melawat Kuala Lumpur, Malaysia pada 17 September 2024. Pada lawatannya, IShowSpeed telah bersiar-siar sekitar pasar raya di Bukit Bintang seperti Pavilion Kuala Lumpur dan mencuba makanan tradisional Malaysia seperti nasi lemak, buah durian dan burger ramly tepi jalan (di Bangsar). IShowSpeed menetap di Hotel Hilton sepanjang lawatannya selama sehari itu. IShowSpeed telah menarik perhatian ramai peminatnya, sehingga restoran Uncle Roger yang dikunjunginya terpaksa ditutup buat seketika. IShowSpeed juga dilihat memakai baju batik Malaysia yang bertemakan flora. Beliau juga sempat berjumpa Isa Isarb, Alieff Irfan dan juga Roy Bundle di Klang, Selangor semasa siaran itu berlangsung dan Ishowspeed Cintakan Malaysia. Rujukan
Pautan luarInformation related to IShowSpeed |