Cincinnati (/sɪnsɨˈnæti/) merupakan sebuah bandar di negeri Ohio, Amerika Syarikat. Ia terletak di utara Sungai Ohio pada sempadan dengan Indiana dan Kentucky. Kawasan metropolitan Cincinnati merupakan kawasan ke-24 terbesar di Amerika Syarikat.[2]
Sebagai bandar dalaman pertama di Amerika Syarikat, ia sering dianggap sebagai bandar Amerika tulen yang pertama, bebas daripada pengaruh budaya Eropah seperti di Pantai Timur Amerika Utara. Dekat pusat bandarnya terletak sekumpulan bangunan bersejarah yang dikenali sebagai Over-the-Rhine, iaitu kawasan bersejarah yang berada di dalam keadaan terbaik di seluruh negara.[3]
Rujukan
Pautan luar