iPad adalah komputer tablet yang direka dan dibangunkan oleh Apple Inc. iPad menggunakan sistem pengendalianiOS. iPad mempunyai sambungan Wi-Fi dan juga selular. iPad pertama kali dipasarkan pada 3 April 2010[1]. Mula dijual di Malaysia pada 30 November 2010[2].
iPad boleh digunakan untuk mengambil gambar dan video, mendengar muzik, menghantar dan menerima e-mel, dan juga membaca buku elektronik. iPad juga boleh digunakan sebagai alat navigasi GPS, bermain permainan video dan lain-lain dengan memuat turun apps yang boleh didapati di Apps store.
27 Januari: iPad diumumkan. 12 Mac: Tempahan iPad mula dibuka di Amerika Syarikat di laman sesawang Apple.com. 3 April: Apple berjaya menjual 300,000 buah iPad. 30 April: Model iPad Wi-Fi + 3G mula dijual di Amerika Syarikat dengan menggunakan perkhidmatan selular AT&T. 4 Mei: Apple mengumumkan satu juta iPad telah dijual. 28 Mei: iPad mula dijual di luar Amerika Syarikat. 1 Jun: Apple mengumumkan 2 juta iPad telah dijual. 22 Jun: Jualan iPad mencecah 3 juta unit. 30 November: iPad memasuki pasaran Malaysia.
2011
2 Mac: Apple mengumumkan iPad 2: Lebih pantas, nipis dengan harga yang sama. 11 Mac: iPad 2 mula dijual. 14 Mac: iPad 2 laris dijual dan Apple mengumumkan penghantaran tertangguh sehingga sebulan. 29 April: iPad 2 memasuki pasaran Malaysia.
2012
7 Mac: iPad generasi ketiga diumumkan. Dilengkapi dengan paparan Retina. 16 Mac: iPad generasi ketiga mula dijual. 20 April: iPad generasi ketiga mula dijual di Malaysia. 23 Oktober: Apple mengumumkan iPad generasi keempat dan iPad Mini.
Spesifikasi
Bateri
iPad dilengkapi dengan bateri cas semula litium-polimer terbina dalam. iPad telah direka untuk di cas dengan arus tinggi 2 ampere dengan menggunakan pengecas 10W yang telah disediakan menggunakan kabel USB. Walaupun ia kelihatan boleh dicaskan melalui sambungan ke komputer, ia hanya terhad kepada 500 miliampere sahaja. Hasilnya, jika disambungkan ke port USB komputer biasa, ia akan mengecas dengan perlahan, atau tidak akan mengecas langsung. Port USB berkuasa tinggi ada dilengkapkan pada komputer Apple dan aksesori-aksesori yang terbaru yang boleh memberikan keupayaan mengecas sepenuhnya.[7]
Menurut Apple, bateri iPad boleh bertahan sehingga 10 jam untuk menonton video, 140 jam untuk main semula muzik ataupun sebulan tunggu sedia (standby). Seperti bateri boleh cas semula yang lain, kapasiti bateri iPad akan susut masa ke masa dan ia telah direka supaya tidak boleh diganti oleh pengguna. Pengguna boleh menukar bateri iPad mereka dengan menghantarnya ke pusat servis yang berhampiran dengan bayaran.[8]
Walaupun penukaran bateri boleh dibuat oleh pihak selain daripada wakil Apple yang sah, ia boleh membuatkan jaminan iPad anda tidak sah.
Storan
iPad datang dengan 3 jenis storan ingatan kilat (flash memory) 16, 32 dan 64 GB. Storan ini tidak boleh dipertingkatkan kerana ketiadaan slot ingatan tambahan bagi membolehkan storan ditambah. Semua data disimpan dalam storan ini menyebabkan pengguna tidak boleh meggunakan storan yang ada ke tahap maksima. Walaupun pembaca kad SD dan slot USB dijual, ia hanya boleh memberkan pengguna untuk memindah gambar dan video sahaja.[9]
Sambungan selular
iPad ditawarkan dalam dua jenis: Wi-Fi dan Wi-Fi + selular. Semua iPad dilengkapkan dengan Wi-Fi 802.11 a/b/g/n. iPad pertama dan iPad 2 menggunakan HSDPA (3G) dan juga EDGE (2G). iPad generasi ketiga pula dilengkapi dengan kebolehan menggunakan 3G LTE peralihan (ada juga yang mempromosikan sebagai 4G). iPad generasi keempat membolehkan pengguna untuk menggunakan 3G LTE dan juga 4G.
Di Malaysia, perkhidmatan selular disediakan oleh semua pemberi perkhidmatan.
Perisian
Multimedia
Susunan perpustakaan muzik menyerupai iPod. iPad boleh menyusun perpustakaannya mengikut lagu, artis, album, video, senarai main, komposer, genre, podcast, buku audio dan kompilasi. Pilihan yang diberikan selalunya ditunjukkan mengikut susunan abjad, kecuali dalam senarai main di mana susunan boleh dikekalkan seperti dalam iTunes.
Pengguna boleh memusingkan peranti mereka ke kedudukan melintang to mengakses Cover Flow. Seperti dalam iTunes, ciri ini menunjukkan kulit album yang berlainan dengan meleretkan jari di skrin. Pengguna juga boleh menggunakan kawalan headset untuk main, jeda, lompat dan ulang lagu.
Seperti iPod generasi kelima, iPad boleh memainkan video digital, membolehkan pengguna menonton rancangan TV dan filem di skrin lebar. Mengetuk jari dua kali ke skrin boleh menukar antara mod skrin lebar atau skrin penuh.
Ia mempunyai perisian yang membolehkan pengguna untuk memuat naik, lihat dan e-mel gambar yang diambil dengan kamera. Meleretkan dua jari merapati atau menjauhi antara satu sama lain membolehkan pengguna untuk zum keluar dan masuk. Aplikasi kamera juga membolehkan pengguna untuk melihat gambar di dalam filem kamera yang telah diambil dengan kamera iPad.
Mulai Jun 2012, pengguna boleh lagu melalui iTunes Store secara terus ke iPad mereka. [10]
Aplikasi
iPad didatangkan dengan beberapa aplikasi termasuk Safari, Mel, iPod, iTunes, App Store, iBooks, Peta, Nota, Kalendar dan Kenalan. Beberapa daripadanya adalah versi telah diperbaiki daripada aplikasi yang terdapat di iPhone atau Mac.
iPad boleh diselaraskan (sync) dengan iTunes di Mac atau Komputer Windows. Applikasi iWork yang sebelum ini hanya di Mac, dibawa masuk ke iPad dengan aplikasi Pages, Numbers, dan Keynotes yang telah disesuaikan untuk iPad. Walaupun iPad direka bukan untuk menggantikan telefon bimbit, pengguna boleh menggunakan headset atau speaker dan mikrofon terbina-dalam dan menelefon dengan sambungan Wi-Fi atau 3G menggunakan aplikasi VoIP.
Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat turun dari App Store. Sehingga Oktober 2012, sebanyak 275,000 aplikasi untuk iPad tersedia di App Store dengan bilangan muat turun sebanyak 35 bilion[5].
iBooks
iPad mempunyai perisian iBooks yang boleh dimuat turun dari App Store yang membolehkan pengguna membaca e-buku dan kandungan berformat ePub yang lain yang dimuat turun dari iBookstore.[11] Selain itu, iBooks juga boleh digunakan untuk membaca fail berformat PDF.[12]
Semasa pelancaran iPad pada 3 April 2010, iBookstore hanya boleh diakses di Amerika sahaja. Walaupun ia kini boleh diakses di beberapa negara, para pengguna di malaysia masih tidak boleh membeli buku dari iBookstore kecuali buku-buku yang percuma[13]. Meskipun iPad dilihat sebagai pesaing kepada Kindle Amazon, Amazon telah mengeluarkan Kindle App untuk iPad.[14]
Walaupun iBooks berkeupayaan untuk membaca e-buku, kebanyakan syarikat penerbit dan akhbar menggunakan apps yang dibangunkan sendiri daripada menggunakan iBooks.
Reaksi media terhadap iPad asal adalah bercampur. Media mencatat respons positif dari peminat peranti tersebut, dengan ribuan orang beratur pada hari pertama penjualan di beberapa negara ini.[15][16]
iPad dengan cepat menjadi berjaya dan dijual dalam jumlah besar selepas pelancarannya pada tahun 2010. Analis telah mencatat bahawa manakala pelancaran iPod dan iPhone terdahulu dari Apple mengambil masa untuk berjaya, iPad secara komersial popular dari awal dan menghadapi sedikit persaingan pasaran dalam tahun pertamanya.[17]
Reaksi terhadap pengumuman
Reaksi media terhadap pengumuman iPad asal adalah bercampur. Walter Mossberg menulis, "Ini tentang perisian, bodoh", bermaksud ciri-ciri perkakasan dan pembinaan kurang penting kepada kejayaan iPad berbanding perisian dan antara muka penggunaannya, kesan pertama beliau yang sebahagian besar adalah positif. Mossberg juga memuji harga yang "sederhana" bagi peranti dengan keupayaan sebegini, dan memuji jangka hayat bateri sepuluh jam.[18] Yang lain, termasuk PC Advisor dan Sydney Morning Herald, menulis bahawa iPad juga akan bersaing dengan netbook yang meluas, kebanyakan daripadanya menggunakan Microsoft Windows.[19][20] Harga model asas $499 lebih rendah daripada anggaran sebelum pelancaran oleh media teknologi, analis Wall Street, dan pesaing Apple, yang semua mengharapkan titik harga masuk yang lebih tinggi.[21][22][23]
CNET juga mengkritik iPad kerana kurangnya penyegerakan tanpa wayar yang nampaknya dimiliki oleh peranti mudah alih lain seperti Zune Microsoft selama beberapa tahun. Aplikasi iTunes yang sudah ada boleh memuat turun dari Internet juga.[24]
Tanggapan Kritikal
Ulasan iPad asal secara umumnya adalah baik. Walt Mossberg dari The Wall Street Journal menyebutnya sebagai "penamat laptop yang cukup baik".[25] David Pogue dari The New York Times menulis ulasan "dwistik", satu bahagian untuk individu yang berminat dalam teknologi, dan bahagian lain untuk individu yang tidak begitu berminat dalam teknologi. Dalam bahagian pertama, beliau mencatat bahawa sebuah laptop menawarkan lebih banyak ciri dengan harga yang lebih murah daripada iPad. Dalam ulasannya untuk pembaca yang terakhir, bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa jika pembaca suka dengan konsep peranti tersebut dan dapat memahami kegunaan yang dimaksudkan, maka mereka akan menikmati penggunaan peranti tersebut.[26] Tim Gideon dari PC Magazine menulis, "anda mempunyai pemenang" yang "pasti akan menjadi pemacu utama dalam membentuk landskap tablet yang sedang berkembang."[27] Michael Arrington dari TechCrunch berkata, "iPad mengalahkan jangkaan teroptimis saya. Ini adalah kategori peranti baru. Tetapi ia juga akan menggantikan laptop untuk banyak orang."[28]PC World mengkritik kemampuan berkongsi fail dan mencetak iPad,[29] dan Ars Technica mengatakan berkongsi fail dengan komputer adalah "salah satu bahagian paling tidak disenangi dalam pengalaman iPad".[30]
Media juga memuji jumlah aplikasi, serta kedai buku dan aplikasi media lain.[31][32] Sebaliknya, mereka mengkritik iPad kerana menjadi sistem tertutup dan menyebut bahawa iPad berdepan dengan persaingan daripada tablet berasaskan Android,[15] yang mengatasi penjualan iPad pada tahun 2013, melampaui iPad pada suku kedua tahun 2013,[33] dan telah mengatasi jumlah penggunaan pangkalan iPad,[34] dan kehilangan majoriti pelayaran web kepada Android, menurut anggaran StatCounter, di Amerika Selatan, Afrika, kebanyakan Asia – banyak negara besar di sana dan di Timur Tengah Europe.[35]The Independent mengkritik iPad kerana tidak boleh dibaca dengan baik dalam cahaya terang seperti kertas tetapi memuji iPad kerana boleh menyimpan banyak buku.[31] Selepas pelancaran di UK, The Daily Telegraph mengatakan bahawa kekurangan sokongan Adobe Flash iPad adalah "menyusahkan."[36][37]
Pengiktirafan
iPad asal telah dipilih oleh majalah Time sebagai salah satu daripada 50 Penemuan Terbaik Tahun 2010,[38] manakala Popular Science memilihnya sebagai gadget terbaik[39] di belakang pemenang keseluruhan "Best of What's New 2010" Groasis Waterboxx.[40]
Kesan
Sejak kemunculan pertama pada 2010, arena pengkomputeran dan gaya hidup banyak berubah. Pelbagai laman sesawang mula dibangunkan untuk komputer tablet, perisian seperti perisian membeli-belah secara dalam talian, menu digital, fotografi mula membanjiri Apps Store.
Para pengguna juga dikatakan mula kurang menggunakan komputer peribadi mereka dan banyak menghabiskan masa dengan iPad.[41]
Bagi syarikat komersial, iPad dianggap sebagai satu penyelesaian murah dalam bidang aplikasi elektronik. Pada Jun 2010, Penerbangan Malaysia memperkenalkan MHkiosk yang membolehkan pengguna membeli tiket penerbangan menggunakan kiosk yang dilengkapi iPad.
Urusan yang tidak melibatkan kertas (paperless) juga menjadi mudah kerana keperluan untuk membawa komputer riba yang saiznya besar dan berat tidak diperlukan. Kebolehan iPad untuk membaca fail format PDF juga membolehkan pelajar membaca journal dan tugasan tanpa perlu mencetaknya.
Di Malaysia
iPad telah memberikan peluang kepada masyarakat dan juga syarikat untuk lebih terlibat dalam bidang IT. Bagi restoran, menu elektronik mula diperkenalkan[42]. Penerbangan Malaysia pula menggunakan iPad bagi memudahkan pengguna membeli tiket dan check-in[43]. Akhbar Malaysia juga memperkenalkan Apps untuk pengguna tablet.
Kanak-kanak semakin mudah menggunaan internet malah telah menjadi trend untuk kanak-kanak mahukan iPad daripada ang-pow[44]. Pernah juga menjadi isu dimana, tablet dan telefon pintar perlu dibenarkan dibawa ke sekolah[45]. Tetapi dengan internet yang tidak terkawal (tiada parental control), banyak bantahan diterima dari ibubapa. Arahan melarang membawa telefon bimbit dan komputer ke sekolah masih tidak berubah.[46]
Perkembangan Wi-Fi spot atau Hotspot di Malaysia juga boleh dikreditkan kepada iPad yang mempopularkan sambungan internet dimana-mana sahaja.
^ abPhelan, David (26 Mei 2010). "iPad: Untuk Apa Baik?". The Independent. UK. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Jun 2011. Dicapai pada 31 Mei 2010.