Rencana ini mengenai kumpulan Hujan. Untuk album perdana mereka, sila lihat
Hujan (album). Untuk Untuk kitaran air, sila lihat
hujan.
Hujan merupakan sebuah kugiran rock Malaysia yang berasal dari Miri, Sarawak. Diasaskan pada tahun 2005 oleh Noh Salleh, kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Noh Salleh, gitaris Hezry "AG" Hafidz, pemain bes dan keyboard Hang Dimas dan pemain dram Azham Ahmad sebagai ahli asal.[3] Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran.[4][5][6] Kini, Hujan terdiri daripada Noh, AG, Azham dan Izzat Huzaini.
Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er, -ere, daripada Inggeris Lama -ere (awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz (awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.[7]
Sejarah
2005: Penubuhan
Kugiran Hujan bermula di laman media sosial Myspace, di mana kebanyakan ahli kumpulan berhubung melaluinya walaupun tidak mengenali sesama mereka pada awal perkenalan namun berkongsi minat yang sama. Noh Salleh memuat naik beberapa demo di Myspace dan mula diterima secara umum.
2006-2009: EP, pengaruh muzik dan jelajah Hujan ke UK
Hujan melabelkan genre yang dibawa oleh mereka sebagai rock indie, rock garaj dan rock alternatif. Mereka lebih cenderung mendendangkan lagu dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka ialah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.
Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu 1,2,3,Go! dan Check Check Rock Rock malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana, mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.
2009: Mencari Konklusi dan Mencari Konklusi Tour
Pada 2009, mereka melancarkan konsert jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" seiring dengan album Mencari Konklusi yang telah diadakan di seluruh negara. Jelajah itu diakhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke Eropah setelah diundang bagi bersama kumpulan rock legenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.
2010: Lonely Soldier Boy
Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka Lonely Soldier Boy yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar Raingers.
2012-kini: Sang Enemy, Hujan X Love Me Butch Tour 2013 dan terkini
Hujan tampil dengan penuh kelainan berbanding sebelumnya dengan album Sang Enemy yang bergenre post-hardcore dan metalcore. Bergandingan dengan Love Me Butch, Hujan melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar Hujan X Love Me Butch Tour 2013.
Album kelima Hujan, Jika Sempat dikeluarkan pada April 2016. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. "Jika Sempat" dan "Kamar Sepi" dikeluarkan sebagai single.[8][9]
Ahli kumpulan
Ahli terkini
- Noh Salleh - Vokalis, Gitar Kedua, Penulis Lagu
- Hezry Hafidz - "AG Coco" - Gitar Utama, Penggubah Lagu
- Azham Ahmad - "Ambobzeela" - Dram
- Izzat Uzaini - Bes Gitar
Bekas ahli
- Azhar Imran - "Jaja" - Bes
- Nazeri Nazirul - "Dugong" - Bes
- Hang Dimas - Papan nada Bes
Diskografi
EP
Album studio
OST
Kompilasi
- CD Issue-9 Majalah JUNK: "Pagi Yang Gelap"
- Support Our Local Act Volume 1: "Bila Aku Sudah Tiada"
Single
- Kuala Lumpur
- Gundah
- Pagi Yang Gelap
- Ah Moi Chantek
- Jiwa Kelajuan
- Empayarmu
- Aku Skandal
- Neon
- Ku Mahu Kau Tahu
- Lepaskan Aku
- DugaanNya
- Bila Aku Sudah Tiada (OST Misi Ady)
- Pijak Hatiku
- Mencari Konklusi
- Obsesi
- Kau Harus Ada
- Romantik
- Salam Aidilfitri Ayah Bonda - duet bersama kumpulan Raihan
- Inspektor Remos
- Muda
- Hampir
- Bahgia
- Kotak Hati
- Aku Yang Asing
- Dikala Bulan Bermain Biola
- Rumah Kita
- Mana Mungkin
Single Noh Salleh
Penyanyi utama Noh Salleh juga pernah ditampilkan dalam lagu beberapa artis popular sebagai projek luar. Sebelum bersama Hujan, Noh pernah menyertai kumpulan M.I.X pada tahun 2004 hingga 2006. Berikut ialah single Noh secara solo:-
Tahun
|
Judul Lagu
|
Kedudukan Tertinggi Carta
|
Album
|
Era
|
Muzik.fm
|
Baik Banget
|
Muzik-muzik
|
2006
|
"Hantu"
|
—
|
—
|
—
|
—
|
Non-Demo/Album Single sebagai Noh Phrofile M.I.X
|
"Puteri Santubong"
|
—
|
—
|
—
|
—
|
"Akademi Cinta" ditampilkan oleh Nas Adila
|
—
|
—
|
—
|
—
|
2010
|
"Pelita" ditampilkan sebagai A.P.I
|
—
|
—
|
—
|
—
|
Hooperz A.P.I juga disertai Azlan & The Typewriter, Monoloque, Din Homatov Estranged, Imran OBS dan AJ Pop Shuvit
|
"Kurnia" duet bersama Mizz Nina
|
—
|
—
|
—
|
—
|
What Are You Waiting For
|
"Selamat Pagi Sayang" ditampilkan oleh DJ Fuzz
|
—
|
—
|
—
|
—
|
Mixtape Mixology 3
|
2011
|
"Kotarayaku" ditampilkan oleh Altimet
|
—
|
—
|
—
|
—
|
Kotarayaku
|
Demo
- "Ludah Amerika"
- "Luka Mana"
- "Papa Mama"
- "Lonely Soldier Boy"
- "Sedih"
- "Neon"
- "Selamat Hari Ibu"
- "Ku Mahu Kau Tahu"
- "Empayar Mu"
- "Hampir"
- "Kamek Sayang Kitak"
- "Kau Pijak Hatiku"
- "Kotak Hati"
- "Kuala Lumpur"
- "Miri"
- "Di Kala Bulan Bermain Biola"
- "Bagaikan Matahari"
- "Mimpiku Hanya Mimpi"
- "Muda"
- "Rantai Rasa Cinta"
- "Baju Melayu Di Pagi Raya"
- "Na Na Na"
- "Lepaskan Aku"
- "Kelonsong Peluru"
- "Kepak Ayam"
Anugerah
Anugerah Industri Muzik
Anugerah Planet Muzik
Anugerah Juara Lagu
Anugerah Bintang Popular Berita Harian
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
|
Tahun
|
Kategori
|
Keputusan
|
2008
|
Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular
|
Tercalon
|
2009
|
Penyanyi Duo / Berkumpulan Popular
|
Tercalon
|
Anugerah Shout!
Anugerah Shout!
|
Tahun
|
Kategori
|
Keputusan
|
2009
|
Break Out Award
|
Tercalon
|
Rockstar Award
|
Tercalon
|
2010
|
Rockstar Award
|
Tercalon
|
Versus TV9
Versus TV9
|
Tahun
|
Kategori
|
Minggu
|
Peratusan Undi
|
Keputusan
|
2012
|
Pertandingan
|
8
|
50.6% (Minggu Akhir)
|
Menang
|
Logo
Rujukan
Pautan luar
|
---|
- Hang Dimas
- Nazeri Nazirul
- Azhar Imran
|
Album studio | |
---|
Album secara langsung | |
---|
EP | |
---|
Single | |
---|