Format kejohanan ini telah diubah dari kejohanan sebelumnya dimana hanya dua pasukan teratas peringkat kumpulan akan mara ke separuh akhir. Kejohanan kali menggunakan format peringkat kalah mati dan suku akhir akan menjadi penentu pasukan yang mara ke separuh akhir namun perlawanan di peringkat kumpulan menjadi perlawanan penentuan pasukan di kumpulan A yang mana akan menentang pasukan di kumpulan B di peringkat suku akhir. Ini memberi peluang kepada kesemua pasukan untuk bersaing semula.