Pembabitannya dalam dunia politik bermula sejak tahun 1956 ketika beliau masih berusia 18 tahun sebagai mahasiswa yang kuat memprotes penumpasan berdarah Kesatuan Soviet ke atas pemberontakan Hungary.
Fischer kemudian menjadi anggota Parlimen Austria (Nationalrat) sejak tahun 1971 dan menjadi salah seorang ahli pemimpin untuk tempoh masa dari 1990 hingga 2002. Pada 1983-1987, beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Ilmu Pengetahuan dalam pemerintahan koalisi yang dipimpin oleh Fred Sinowatz. Antara tahun 1992 dan 2004, beliau juga menjadi wakil Presiden bagi Parti Sosialis Eropah.
Fischer telah mengangkat sumpah jawatannya pada 8 Julai2004 dan menerima jawatannya dari pimpinan Parlimen, yang selama ini bertindak sebagai Presiden setelah kematian Klestil pada 6 Julai 2004. Sejak terpilih sebagai Presiden, beliau semakin disukai rakyat, dan merupakan ahli politik Austria yang paling simpatik.
Selain memberikan label kepadanya sebagai seorang Berufspolitiker ("ahli politik profesional") — sebuah sebutan yang agak mengejek — kerana dianggap tidak pernah bersentuhan dengan dunia yang nyata, orang-orang yang mengkritik Fischer, terutama sekali rakan sekolej di universiti, Norbert Leser, menuding bahawa Fischer selalu menghindari pertikaian dan konflik, bahkan yang mestinya perlu. Contoh yang paling sering disebutkan dalam konteks ini adalah dukungan diam-diam Fischer pada serangan Bruno Kreisky terhadap Simon Wiesenthal. Ketika terpilih sebagai Presiden Persekutauan, Fischer sendiri mengatakan bahawa beliau tidak suka bertentangan dengan orang lain dan beliau menganggap sifatnya ini lebih sebagai sisi positifnya. Sejak 1 Januari2006, ia menjabat Presiden Uni Eropah.
Pada April 2010, Fischer terpilih kembali sebagai Presiden Austria untuk enam tahun ke depan dengan meraih kemenangan 2.287.640 (78,94%) suara pemilih.[1] Rival terdekatnya, Barbara Rosenkranz dari Parti Kebebasan yang ekstrem kanan mendapat 452.615 (15,62%). Kandidat ketiga, Rudolf Gehring dari Parti Kristian meraih 157.712 (5,44%) suara. Partisipasi pemilih hanya 49,2% dan turun jauh dibandingkan enam tahun lalu saat Fischer pertama kali terpilih dengan partisipasi sebanyak 70%.
Pemilihan presiden pada hari Minggu itu dinilai sebagai ukuran sentimen ekstrem kanan di Austria yang masih dikaitkan dengan fahaman penafian Holokus. Analisis menilai kemenangan Fischer jadi tamparan bagi Parti Kebebasan yang berharap bisa merebut kemenangan dalam pemuli kunci di Vienna pada musim gugur ini. Bagi Fischer, kemenangan ini makin mengukuhkan pencapaiannya dalam dunia politik yang telah ditekuni hampir sepanjang hidupnya. Sebagai politisi, dia dikenal karena kehati-hatian dan diplomasi.
Kehidupan Peribadi
Fischer menyebut dirinya seorang agnostik.[2] Fischer berkahwin pada 1968. Fischer gemar mendaki gunung dan selama bertahun-tahun telah menjadi ketua Pencinta Alam Austria. Sifat kebapaan dan tutur kata lembutnya menjadikan Fischer sangat dihormati di Hofburg. Beliau menolak ditarik ke dalam perseturuan antar-parti. Setelah bersara, beliau memilih melepaskan diri dari keanggotaan parti dan menjadi warga bebas. Fischer turut mempelbagaikan cara pidatonya dengan peribahasa Latin dan petikan dari karya sastera terkenal.
Rujukan
Fischer Diperkirakan Menang Lagi, Kompas edisi 26 April 2010
Periode Kedua bagi Heinz Fischer, Kompas edisi 27 April 2010