Haloperidol, dijual di bawah nama Haldol dan lain-lain, ialah sebuah ubat antipsikotik tipikal.[4] Haloperidol digunakan untuk merawat penyakit jiwa seperti skizofrenia, sindrom Tourette, mania dalam gangguan bipolar, delirium, kegelisahan, psikosis akut dan halusinasi dalam penyisihan alkohol.[4][5][6] Haloperidol boleh dimakan melalui mulut, atau disuntik ke otot atau vena darah.[4] Haloperidol lazimnya mula berfungsi dalam 30 ke 60 minit.[4] Suatu formulasi jangka panjang dapat digunakan sebagai suntikan setiap empat minggu terhadap pesakit skizofrenia atau gangguan berkaitan yang mungkin terlupa atau enggan mengambil ubat secara oral.[4]
Haloperidol boleh membawa kepada suatu gangguan pergerakan dipanggil diskinesia tardif, dan boleh kekal.[4] Sindrom malignan neuroleptik dan pemanjangan selang QT juga boleh berlaku.[4] Dalam kalangan warga tua dengan psikosis akibat to demensia, ubat ini membawa kepada risiko kematian yang lebih tinggi.[4] Pengambilan ketika hamil boleh membawa kesan kepada bayi.[4][7] Haloperidol tidak patut diambil oleh pesakit penyakit Parkinson.[4]
Rujukan
Pautan luar