Hajime Hosogai (細貝 萌, Hosogai Hajime, lahir 10 Jun 1986 di Maebashi, Gunma, Jepun) merupakan pemain bola sepak Jepun. Dia beraksi untuk kelab Bundesliga, Hertha BSC dan boleh beraksi sebagai pemain tengah bertahan atau pertahanan.[2]
Karier kelab
Hosogai merupakan salah antara pemain paling berpotensi Urawa Red Diamonds. Dia membantu Red Diamonds layak ke Liga Juara-Juara AFC pada tahun 2007 dan bermain untuk Urawa dalam Piala Dunia Kelab FIFA 2007.
Pada 23 Disember 2010, dia meninggalkan Jepun dan berpindah ke kelab Jerman, Bayer 04 Leverkusen, yang kemudiannya meminjamkannya kepada FC Augsburg.[3] Pada 9 September 2011, dia menjaringkan gol Bundesliga pertamanya ketika menentang Leverkusen. Bermain untuk kelab Bavaria yang baru dinaikkan liga itu, Hosogai membantu mereka mengelakkan penyingkiran sebelum kembali ke Bayer Leverkusen untuk musim 2012–13.
Karier antarabangsa
Hosogai telah mewakili Jepun di pelbagai peringkat umur. Dia merupakan ahli skuad Jepun ketika Sukan Olimpik Musim Panas 2008,[4] dan membuat penampilan sulung untuk Pasukan kebangsaan Jepun ketika kemenangan 1–0 ke atas Paraguay (bermain sebagai pemain tengah) di Stadium Saitama pada 4 September 2010, selepas pertama kali mendapat panggilan daripada pengurus sementara, Hiromi Hara dan dibawah naungan jurulatih baru, Alberto Zaccheroni.[5][6]
Dia menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan senior pada 25 Januari 2011 dalam perlawanan separuh akhir Piala Asia 2011 menentang Korea Selatan.
Kejayaan
Jepun
Kelab
- Urawa Red Diamonds
Rujukan
Pautan luar
Templat:Skuad Hertha BSC
Persondata
|
Nama
|
Hosogai, Hajime
|
Nama alternatif
|
|
Pemerihalan ringkas
|
Pemain bola sepak Jepun
|
Tarikh kelahiran
|
10 Jun 1986
|
Tempat kelahiran
|
Maebashi, Gunma, Jepun
|
Tarikh kematian
|
|
Tempat kematian
|
|