Gunung Ulu Titi Basah merupakan sebuah gunung yang terletak di sempadan antara negeri Perak, Malaysia dengan Wilayah Yala, Thailand, di kawasan utara Banjaran Titiwangsa. Dengan ketinggian setinggi 1,533 meter (5,030 kaki), Ulu Titi Basah adalah kemuncak tertinggi di wilayah selatan Thailand.[1]
Gunung Ulu Titi Basah mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Rujukan
Pautan luar