Gunung Talang merupakan sebuah gunung yang terdapat di barat pulau Sumatera, Indonesia. Gunung Talang mempunyai ketinggian setinggi 2,597 meter.
Gunung Talang mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Sejarah letusan
Gunung Talang merupakan sebuah gunung berapi jenis stratovolkano dengan 8 letupan yang dikenal pasti dari tahun 1833 hingga 1968. Berikutan satu letusan kecil dalam bulan April 2005, lebih 25,000 penghuni kawasan tempatan telah dipindahkan disebabkan kebimbangan letupan gunung berapi semakin menjadi-jadi.
Rujukan
Pautan luar