Gunung Kerunai merupakan sebuah gunung yang terletak di Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (3,300 kaki).
Geografi
Gunung Kerunai dan jirannya Gunung Kenderong (1,223 m) merupakan sepasang inselberg yang terletak di lembah yang diapit oleh Banjaran Bintang di barat dan Banjaran Titiwangsa di timur. Kedua-duanya digelar puncak kembar Perak atau K2.
Kedua-dua puncak ini tersergam indah di kawasan Gerik dan boleh di lihat jelas dari pusat pekan jika cuaca cerah dan tidak berkabus.
Jenis hutan
Gunung Kerunai mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
Rujukan
Pautan luar