Gula tambahan (added sugars) ialah karbohidrat gula (pemanis kalorik) yang ditambah pada makanan dan minuman sewaktu penghasilan.[1][2] Gula jenis ini tidak dapat dibezakan secara kimianya daripada gula semulajadi, namun istilah ini menjadi semakin digunakan untuk mengenalpasti makanan bercirikan kandungan bertenaga lebih daripada yang sepatutnya.[2]
Gula tambahan langsung tiada nilai nutrisi maka ia menyumbang "kalori kosong".[1] Pengambilan gula tambahan ini berkati rapat dengan pengambilan kalori yang tinggi lalu boleh menyebabkan berat badan berlebihan dan obesiti.[1] Ia turut dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular dalam kalangan pemuda serta juga dewasa.[3]
Rujukan