Gojoseon (B. Korea: 고조선, 古朝鮮) merupakan sebuah kerajaan Korea purba. Penambahan perkataan Go (고, 古) yang bermaksud "purba" digunakan bagi membezakan Dinasti Joseon.
Kerajaan ini dikatakan telah ditubuhkan pada 2333 SM oleh Dangun Wanggeom. Bukti arkeologi kewujudan tamadun era Gojoseon dijumpai berdasarkan pada penemuan peralihan tempoh dari tembikar Jeulmun kepada tembikar Mumun sekitar 1500 SM, apabila kelompok petani kecil-kecilan menduduki banyak kawasan di Semenanjung Korea.