Giacomo Girolamo Casanova [ˈdʒaːkomo dʒiˈrɔːlamo kazaˈnɔːva, - kasa-; ja-ko-mo ji-ro-la-mo ka-sa-no-va] (2 April 1725 – 4 Jun 1798) merupakan seorang pengembara dan penulis kelahiran Republik Venezia.[1][2] Beliau sangat dikenali atas hubungan sulit yang banyak bersama sebilangan wanita yang berkenalan dengannya, sambil juga berada dalam lingkungan tokoh-tokoh terkenal dan berpengaruh sezamannya, tidak sahaja dalam kalangan penulis seperti Voltaire, Goethe dan Mozart tetapi malah juga dalam kalangan agamawan seperti kardinal dan Paus sendiri.
Beliau menghabiskan senja hidupnya di Bohemia sebagai pustakawan seorang pembesar bergelar Graf; di situ jugalah beliau mengabadikan hidup penuh warnanaya dalam autobiografiHistoire de ma vie ("Kisah Hidupku") yang banyak menggambarkan secara terperinci gaya hidup dan adat resam yang lazim di Eropah pada abad ke-18.[3]
Biografi
Awal hidup
Giacomo lahir di kediaman no. 2993 Calle [jalan] della Commedia/Calle Malipiero kota Venezia pada 2 April 1725. Beliau anak sulung dalam enam adik-beradik (termasuk Francesco Giuseppe (1727–1803) dan Giovanni Battista (1730–1795)) kepada Gaetano Casanova, seorang pelawak dan Zanetta Farussi, seorang pelakon. Beliau didaftarkan serta dibaptiskan di gereja San Samuele yang berada di jalan sama.[4] Beliau dibesarkan pada tahun-tahun pertamanya sehingga 1734 oleh nenek sebelah ibunya, Marsia Farusso, semasa Zanetta menjelajah ke luar negara melakukan persembahan.[5] Ayahnya meninggal ketika Giacomo berusia 8 tahun.
Pendidikan
Beliau meneruskan pengajiannya di sekolah paderi Gozzi dari tahun berikutnya pada 1734 sebelum beralih ke Universiti Padua untuk mempelajari bidang-bidang kimia, matematik, falsafah dan perundangan sehingga 1742 - beliau diharapkan para penjaganya agar dapat menjadi seorang peguam mengkhusus hal gereja. Beliau mendapat kedua-dua ijazah lulus dalam undang-undang awam dan undang-undang kanun gereja ketika berusia 17 tahun.[6]. Beliau dirasmikan sebagai seorang kakitangan gereja pada 14 Februari 1740 sebelum dinaikkan pangkat ke suatu kedudukan kecil pada 22 Januari tahun berikutnya. Beliau pada mulanya dipilih sebagai seorang pengkhutbah gereja namun meletakkan jawatan bila pidatonya dikecam kerana disampaikan dengan teruk.
Casanova kembali ke Venezia untuk memulihkan diri berikutan kegagalannya berpacaran dengan Henriette. Beliau bernasib baik menang untung dalam judinya sehingga berkesempatan merantau ke Paris pada tahun 1750.[7] Dia banyak menjalinkan hubungan rambang dengan banyak peremuan yang digambarkannya sangat melampau dan melbih-lebih.[8] Ketika di Lyon pula, Giacomo berminat dengan persatuan Freemason ditemui di mana dia berfikir kemasukan dia dalam persatuan tersebut boleh mendekatkannya dengan orang-orang ternama da n berpengaruh tinggi yang menganggotai persatuan ini; dia berjaya diberi pangkat Master Mason di sana.[9][10][11]
Pemenjaraan
Kegiatan tidak senonohnya akhirnya dapat diketahui warga Venezia sehingga beliau dikesan, ditahan dan didakwa atas tuduhan "pencabulan umum terhadap agama suci [Kristian]".[12] sehingga beliau dihukum penjara terus tanpa perbicaraan selama lima tahun[12][13] di penjara tingkat atas Piombi, Palazzo Ducale[14] pada 12 September. Beliau membuat seberapa percubaan meloloskan diri - cubaan pertamanya mahu menerobosi bilik pengawal untuk melepaskan diri, namun beliau dipindahkan tiga hari sebelum perancangannya dapat dilakukan ke suatu bilik lebih luas dan bertingkap.[15] Casanova mencuba sekali lagi dengan bantuan seorang paderi yang turut ditahan di sana atas kesalahan sendiri di mana paderi tersebut menebuk lubang siling biliknya sebelum menebuk siling bilik Giacomo; Giacomo berjaya keluar dari sel tersebut.[16]
Beliau mendapat pekerjaan di sebuah perpustakaan milik bendahara diraja Empayar Suci RomawiGraf Joseph Karl von Waldstein tahun 1785 di Istana Dux, Bohemia (kini dalam Republik Czech). lagi-lagi dengan perilaku pembesar tersebut yang sangat mementingkan dirinya sendiri sehingga mengasingkan Casanova. Di sinilah juga beliau mula mencatat semula segala peristiwa dan pengalaman yang berlaku dalam hidupnya.[17][18]
Beliau teragak-agak pada mulanya kerana mengkhuatiri mendatangkan permusuhan hasil pembeberan hubungan-hubungan sulit dengan orang ternama, namun beliau menolak rasa segan sedemikian. Beliau tetap menapis kandungan penulisan sendiri dengan menggunakan singkatan nama sebenar sambil menghaluskan laras bahasa dipakai untuk penggambaran bahagian riwayat hidupnya yang terlalu menghairahkan.[19] Beliau turut menulis dalam bahasa Perancis yang pada ketika itu lebih diketahui warga seEropah berbanding bahasa Itali atau bahasa Venezia tuturannya sendiri.[20]
Beliau meninggal dunia pada 4 Jun 1798, tidak lama selepas Republik Venezia ditawan pihak Perancis pimpinan Napoleon Bonaparte. Mayatnya dikembumikan di Du, namun lokasi pengebumiannya yang tepat tidak dapat dipastikan sehingga kini.
Senarai karya dikarang
1752 – Zoroastro: Tragedia tradotta dal Francese, da rappresentarsi nel Regio Elettoral Teatro di Dresda, dalla compagnia de' comici italiani in attuale servizio di Sua Maestà nel carnevale dell'anno MDCCLII
1753 – La Moluccheide, o Sia i gemelli rivali. Dresden.
1769 – Confutazione della Storia del Governo Veneto d'Amelot de la Houssaie
1772 – Lana caprina: Epistola di un licantropo
1774 – Istoria delle turbolenze della Polonia
1775–78 – Dell'Iliade di Omero tradotta in ottava rima
1779 – Scrutinio del libro Eloges de M. de Voltaire par différents auteurs
1783 – Né amori né donne, ovvero La stalla ripulita
1786 – Soliloque d'un penseur
1787 – Icosaméron, ou Histoire d'Édouard et d'Élisabeth qui passèrent quatre-vingts un ans chez les Mégamicres, habitants aborigènes du Protocosme dans l'intérieur de nôtre globe
1788 – Histoire de ma fuite des prisons de la République de Venise qu'on appelle les Plombs
1790 – Démonstration géometrique de la duplication du cube
1797 – A Léonard Snetlage, docteur en droit de l'Université de Goettingue, Jacques Casanova, docteur en droit de l'Universitè de Padou. Dresden.
1822–29 – Histoire de ma vie (edisi pertama - melalui suatu terjemahanbahasa Jerman 12 jilid di bawah judul Aus den Memoiren des Venetianers Jacob Casanova de Seingalt, oder sein Leben, wie er es zu Dux in Böhmen niederschrieb.)
^Addì 5 aprile 1725.
Giacomo Girolamo fig.o di D. Caietano Giuseppe Casanova del q.(uondam) Giac.o Parmegiano comico, et di D.a Giovanna Maria, giogali, nato li 2 corr. battezzato da P. Gio. Batta Tosello sacerd. di Chiesa de licentia, Comp. il signor Angelo Filosi q.(uondam) Bartolomeo stà a S. Salvador. Lev. Regina Salvi. (In P.Molmenti, Carteggi Casanoviani, vol. I, Templat:P.9 nota)
^Casanova, Giacomo (1960). Histoire de ma vie (dalam bahasa Perancis). F. A. Brockhaus. m/s. 214. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
^Jean-Didier Vincent (1990). Casanova, la contagion du plaisir. Odile Jacob. m/s. 227. Cite has empty unknown parameter: |lire en ligne= (bantuan)