Genk merupakan sebuah bandar yang terletak di Limburg, Belgium. Bandar ini merupakan salah satu bandar industri penting di Flanders, di lokasi antara Antwerp dan Liège.
Sejarah
Genk asalnya merupakan perkampungan orang Celt dan ditukar kepada agama Kristian pada abad ke-10. Sedikit kayu gereja dari tarikh tersebut telah ditemui di sekitar bandar ini. Asal usul nama Genk berasal dari Geneche yang dapat dijumpai pada satu dokumen yang bertarikhkan dari 1108, satu wilayah yang diserahkan oleh Rolduc kepada Abbey. Genk merupakan kepunyaan Kaunti Loon sehingga ia diilhak oleh Keuskupan Liège pada 1365.
Ketika zaman perindustrian bermula di selatan Belgium, Limburg menjadi moden hanya 'perlahan-lahan'. Genk menjadi bandar kecil dan tidak beberapa penting serta penduduk hanyalah seramai 2,000 sekitar tahun 1900. Kampung yang aman ini menjadi halaman landskap bagi penulis dan pelukis, Neel Doff.
Pada 1901, André Dumont menemui kuantiti besar arang batu di berdekatan kampung As. Kemudian "Black Gold" pula ditemui di Genk. Selepas Perang Dunia Pertama, Genk mula mempunyai kuantiti besar imigran asing dan menjadi bandar terbesar di Limburg serta penduduknya yang meningkat kepada 70 000. Walau bagaimanapun, lombong arang batu Zwartberg ditutup dan Genk merancang untuk membina industri baru termasuk lebuh raya dan terusan Albert. Pada penghujung 1980an, dua lagi lombong arang batu di Winterslag dan Waterschei ditutup.
Kilang Perhimpunan dan Badan Genk oleh Ford Motor Company merupakan industri terbesar dan penting di Genk kini yang mampu memuatkan 5 ribu orang, Kilang ini kemudian ditutup pada 2014.
Genk juga sekarang merupakan pusat industri di wilayah Limburg dan membuat lebih 45,000 tawaran kerja membuatkan bandar ketiga dari segi ekonomi terbesar di Flanders. 54% pekerja dari negara asal dan kira-kira 85 dari berlainan bangsa termasuk Itali, Turki dan Greek.
Pada 2000, Genk menjadi status bandar serta kini diundi sebagai bandar persahabatan di Eropah oleh SEA Tourist Commission. Pada 2004, Genk menamakan sebuah laluan kepada nama Jacques Coghen, seorang menteri kewangan Belgium pada 1830an.