Andrew Tan[1] Arif Rafhan[2] Brian Lim[2] Dayang Deno[3] Elly Alias[3] Lee Heng Kok[3] Lim Yue Lynn[4] Joshua Chung[3] Rizal Paperbag Head[3] Stephanie Yong[5] Thomas Wee[2] Tom Chu[3] Wallace Destiny[1]
Garaj Komik merupakan sebuah komikindie[6] (atau zine[7]) berbentuk antologi[8] dari Malaysia. Garaj Komik ditubuhkan 29 Oktober 2014 pada permulaannya bertujuan untuk memasuki Cabaran Komik Online Malaysia.[9][10][11][12] Ia adalah usaha sama antara Lee Heng Kok, Joshua Chung dan Elly Elias.[13] Garaj Komik tersenarai dalam 26 komuniti penggiat komik di Malaysia bagi tahun 2015 oleh Stroke Comichat.[14]
Isu Pertama
Isu pertama membuat kemunculan julung-julung kalinya pada 21 Mac 2015 sempena acara The Comic N’ Toys Geek Fest (CTGF) di Pasar Raya Jaya, Petaling Jaya, Selangor.[15][16][17][18][19][20][21] Ia merupakan hasil gandingan empat penyumbang yang meskipun berbeza latar-belakang namun datang bersama untuk menghasilkan komik.[22] Mereka merupakan ahli penggumpul komik MY Comics Community di laman media sosial.[15][7] Kebanyakkan isu 1 yang dijual turut dilampirkan lakaran-lakaran peribadi oleh Lee Heng Kok.[23][24][25] Keluaran pertama habis dijual dalam 35 hari.[24]
Paul dan Ashley mendapati mereka terlepas daripada pandangan masing-masing di pusat membeli-belah. Komik ini merupakan hasil gandingan yang unik di mana setiap pelukis menyumbangkan satu muka-surat dan satu panel dalam muka-surat berkongsi.
Nota: Kesemua pelukis menggunakan watak ciptaan Joshua Chung iaitu Paul dan juga Ashley. Komik ini turut menampilkan kemunculan Elly Elias dan juga Budak Spek Pink, watak Dayang Deno.
Hakimi dan Puteh, seekor kucing ajaib dalam misi menghalang rompakan hanya untuk mendapati pemilik asalnya turut terlibat.
Isu Kedua
Isu 2 (atau GK2) melihat penglibatan dua penulis blogger / pelukis, iaitu Dayang Deno[3][28][29] dan Rizal Paperbag Head.[30][31][32] Pengumuman telah disebarkan pada 21 Ogos 2015[33] bahawa keluaran kedua ini boleh didapati secara umum di Sunway Pyramid sempena acara Animangaki 2015 pada 29 Ogos 2015 melalui pengumpul komik Tom Chu.[34][35][36] Ia turut membuat penampilan di Bazar Seni 1MCAT 2015 Art Bazaar, Balai Seni Visual Negara pada 16 Oktober 2015 oleh pelukis Mohd Khairul Aizuddin (Sidsoot)[37][38][39] dan Coco Arif [40].
Isu kedua juga memperkenalkan 5 reka bentuk muka depan yang berbeza (bahasa Inggeris: variant covercode: en is deprecated ).[33] Reka bentuk daripada Dayang Deno merupakan kulit depan yang paling laris dengan cetakan keduanya habis dijual[41][42].
Comicore Club,[6][43] sebuah kommuniti komik Malaysia turut terlibat dalam pemasaran keluaran kedua ini di Medini Mall pada 11 September [44][45] dan di Kluang Mall pada 18 September 2015 sempena pelancaran acara Kotakomik.[46] Garaj Komik 2, trilogi komik Buasir Otak [47] dan TOPEK Comics membuat penampilan bersama di gerai seni De'GwetxComicoreClub sempena Comic Fiesta 2015 yang berlangsung di The Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC) pada 19 Disember 2015.[48]
Nota: Usahasama ini dijayakan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai mengenai lupus eritematosus sistemik yang sehingga kini masih tiada penawar.[49][50][51]
GK3 telah dilancarkan [57][58][59][60][61][62] selari dengan perhimpunan pertama acara Geek Con Malaysia [63][64][65]pada 19 Mac 2016 [66] di Kampus KDU Glenmarie Shah Alam[67][68] Pada hari kedua, Lee Heng Kok daripada Garaj Komik telah diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman penerbitan sendiri bersama-sama Zechariah Dewitt dan Kenneth Chirayil daripada Chain Link Studios [69]dalam satu sesi temubual selama satu jam yang dikendalikan oleh Nicholas Ong (Point Blanc) Poetic Ammo.[70][71][72]
Antara muka baru dalam GK3 termasuklah penulis Lim Yue Lynn[4][73] daripada Wonderfunders Anthology Comics[74][75][76][77] dan Andrew Tan[1], artis Wallace Destiny[1] dan Stephanie Yong[5] daripada Inksalad Illustrations.[78][79][80]
GK3 turut mengandungi halaman tengah zine mini yang menampilkan cerita Lee Heng Kok bertajuk "Alone". [91][92]
Isu Keempat
Garaj Komik IV-Dark merupakan penerbitan ke-empat[93] siri komik antologi yang telah dilancarkan sempena "The Comic Arts Festival Kuala Lumpur 3" (CAFKL3) pada 28 Mei 2016 di Makespace, Quill City Mall, Kuala Lumpur.[94][95] Pelukis tanah air Arif Rafhan[96] dari Adventures of a KL-ite in Afghanistan[97] dan Pelempang Realiti[13][98][99], Brian Lim[100] serta Thomas Wee[101] melengkapkan senarai penyumbang terbaru dalam isu ini.
Garaj Komik merupakan antara empat calon akhir Anugerah PeKOMIK 2018 [111] bagi kategori Komik Alternatif Terbaik. Barisan juri termasuklah pensyarah Dr Fauzi Naeim Mohamed, pelukis komik antarabangsa Alan Quah, dan pelukis komik tempatan serta editor majalah GempakFakhrul Anour.
Garaj Komik turut muncul dalam iklan[112][113] mempromosikan persidangan TEDxSingapore 2015[114] yang berlangsung dari 6 hingga ke 7 Nov 2015 di Universiti Teknologi Nanyang. Video ini merupakan ihsan daripada Vedic Link, sebuah syarikat berdaftar di Singapura yang menghasilkan video pembelajaran secara online.[115][116]
Salah seorang artis, Joshua Chung melalui karyanya "Bila Fauhad Bercinta" memasuki Cabaran Komik Online Malaysia 2015 anjuran Matkomik menggunakan logo Garaj Komik.[117][118]