Gabungan diesel atau gas (CODOG) adalah satu jenis sistem pendorongan marin untuk kapal yang memerlukan halaju maksima yang lebih tinggi daripada halaju krusnya, terutamanya pada kapal perang moden seperti frigat dan korvet.
Untuk setiap aci bebaling, terdapat sebuah enjin diesel untuk halaju krus dan sebuah turbin gas bergiar untuk kegunaan halaju tinggi. Kedua-duanya dihubungkan ke aci melalui klac; hanya satu sistem yang memacu kapal pada suatu masa, berlawanan dengan sistem gabungan diesel dan gas (CODAG) yang mana menggunakan kedua-dua gabungan kuasa output.[1] Kelebihan CODOG adalah sistem giar yang lebih ringkas berbanding CODAG, tetapi memerlukan sama ada lebih kuasa atau turbin gas tambahan untuk menghasilkan kuasa output maksima yang setara. Keburukannya pula adalah penggunaan bahan api pada halaju tinggi yang lebih rendah berbanding dengan CODAG.
Friedman, Norman (1993). "Propulsion". Dalam Gardiner, Robert & Friedman, Norman (penyunting). Navies in the Nuclear Age. London: Conway Maritime Press. m/s. 199–210. ISBN1-55750-613-2.