Guangxi Beibu Gulf Airlines, atau hanya GX Airlines, ialah syarikat penerbangan dari China yang berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Nanning Wuxu . [6][7] Ia adalah usaha sama antara Syarikat Penerbangan Tianjin Airlines dan Kumpulan Pelaburan Teluk Guangxi Beibu. Syarikat Penerbangan GX Airlines mula beroperasi pada Tarikh 13 Februari 2015 sebagai satu diantara syarikat penerbangan pertama yang berpusat di Guangxi .
Syarikat Penerbangan GX Airlines adalah usaha sama antara Syarikat Penerbangan Tianjin Airlines dan Kumpulan Pelaburan Teluk Guangxi Beibu. Syarikat Penerbangan Tianjin Airlines memiliki kepentingan sebanyak 70% (21 juta Yuan) dan kumpulan pelaburan tersebut memiliki kepentingan sebanyak 30% (9 juta Yuan) dalam syarikat penerbangan itu. GX Airlines menerima pesawat pertamanya, siri Embraer 190 yang disewa dari Syarikat Penerbangan Tianjin Airlines, dan sijil pengendali udaranya pada 1 Februari 2015. [8]
Syarikat penerbangan itu melakukan penerbangan pertama pada 13 Februari di Tahun yang sama, antara pangkalannya di Nanning dan Haikou, Wilayah Hainan . [8][9]
Pada Bulan November 2015, Syarikat Penerbangan GX Airlines melantik juruterbang asing pertamanya. [10] Sehingga November 2020, syarikat penerbangan ini mempunyai armada yaitu lapan buah pesawat siri Embraer 190. Syarikat Penerbangan GX Airlines juga merancang untuk memulakan penerbangan ke Hong Kong, Taiwan, Makau dan destinasi di Asia Timur Laut dan Asia Tenggara . [8][9]
pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, GX Airlines telah merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke Negara Thai, dengan laluan tanpa henti antara Nanning dan Bangkok/Suvarnabhumi, yang akan dimulakan pada 26 Januari 2024 [11].
Sehingga Tahun 2022, Syarikat Penerbangan GX Airlines terbang ke 40 destinasi di China [12][13] dan juga ke Bangkok, Negara Thai, Hanoi, Vietnam, dan Singapura [14].
Galeri Armada Syarikat Penerbangan GX Airlines (GX)
^"GX AIRLINES RESUMES NANNING – BANGKOK SERVICE IN LATE-JAN 2024". www.aeroroutes.com (dalam bahasa Inggeris). aeroroutes.com. 28 Disember 2023. Dicapai pada 29 Disember 2023. GX Airlines (Guangxi Beibu Gulf Airlines) in late-January 2024 plans to resume international service, as the airline schedules Nanning – Bangkok Suvarnabhumi route. From 26JAN24 to 28FEB24, the airline schedules 3 weekly flights with Airbus A320 aircraft. There will be additional flights scheduled on various dates in February 2024.