Frigat kelas Horizon
Kelas Horizon merujuk pada sebuah kelas kapal pembinasa pertahanan udara yang kini berada dalam perkhidmatan dalam Tentera Laut Perancis [7] dan Tentera Laut Itali, dengan designasi sebagai sebuah kapal pembinasa mengikut penggelasan NATO. Program ini bermula sebagai Frigat Generasi Baharu Umum (CNGF), sebuah kerjasama pelbagai negara untuk mengeluarkan sebuah frigat pertahanan udara generasi baharu. Di Itali, kelas ini dikenalis sebagai kelas-Orizzonte, yang mana bermaksud "horizon" (kaki langit) dalam bahasa Perancis dan Inggeris. UK kemudian menyertai Itali dan Perancis dalam program frigat kelas-Horizon;[8] Bagaimanapun, perbezaan keperluan negara, pertikaian agihan kerja dan kelewatan mengakibatkan UK menarik diri pada 26 April 1999 dan memulakan projek negaranya sendiri, pembinasa Type 45.[9] Frigat pelbagai guna FREMM telah dibina menggunakan struktur syarikat sama seperti projek Horizon. PembangunanPerancis, Itali dan UK telah mengeluarkan satu keperluan bersama pada tahun 1992 selepas kegagalan projek Penggantian Frigat NATO untuk 90 (NFR-90). Pada Julai 1993, tiga buah negara ini menandatangani sebuah Memorandum Persefahaman untuk sebuah Frigat Frigat Generasi Baharu Umum (CNGF).[10] Kapal dalam kelas ini akan dipersenjatai dengan Principal Anti Air Missile System (PAAMS). UK berniat untuk membeli 12 buah kapal bagi mengantikan kapal pembinasa Type 42. Perancis pula akan membeli 4 buah kapal bagi mengantikan kelas Suffren dan Itali pula akan membeli 6 buah kapal bagi mengantikan kelas-Andrea Doria dan Audace.[11] Masalah-masalah mula timbul hampir serta merta: masalah utama adalah perbezaan keperluan: Perancis mahukan sebuah kapal pengiring peperangan anti pesawat (AAW) untuk kapal pengangkut pesawatnya, tetapi hanya jarak yang terhad sudah memadai di sebabkan keupayaan pertahanan diri yang terdapat pada Charles de Gaulle Perancis. Itala juga hanya memerlukan keupayaan jarak dekat, ekoran kawasan perairannya di sekitar Laut Mediterranean. Kapal-kapal yang beroperasi dalam Tentera Udara Itali boleh melindungi atau mengiringi kapal pengangkut pesawat Cavour. Bagaimanapun Tentera Laut Diraja, memerlukan sebuah kapal yang lebih berupaya yang boleh memberi "gelembung" pertahanan yang besar ke atas armada laut yang beroperasi di kawasan bergolak.[12] Kompromi yang dibuat banyak menyelesaikan masalah ini seperti penerimaan sebuah antaramuka radar yang membenarkan Itali dan Perancis untuk memasang radar jujukan diimbas elektronik pasif fungsi-multi, EMPAR dan UK untuk memasang radar jujukan diimbas elektronik aktif yang lebih berupaya – radar SAMPSON yang mempunyai kadar data yang lebih tinggi dan adaptive beam yang membolehkan keupayaan yang lebih baik untuk menjejak sasaran berbilang, pengesan jarak jauh ke atas sasaranyang mempunyai keratan rentas rendah, kadar amaran palsu yang lebih rendah, dan ketepatan penjejakan keseluruhan yang lebih tinggi.[13] Pada Mac 1996, persetujuan diperolehi bahawa pejabat PAAMS akan bertempat di Paris dan pejabat Projek Horizon akan berpangkalan di London. Pejabat di London akan bertanggungjawab untuk merekabentuk kapal, sistem arahan & kawalan dan persenjataan sekunder. UK juga bersetuju untuk menyumbang £100 juta bagi menghargai kerja-kerja pembangunan yang telah diselesaikan oleh Itali dan Perancis dalam PAAMS.[11] Kerja pembinaan akan dilakukan oleh DCN (Perancis), GEC-Marconi (UK) dan Orizzonte (Itali).[11] Penarikan diri UKPada 26 April 1999, UK telah mengumumkan bahawa ia telah menarik diri daripada projek CNGF dan meneruskan rekabentuk negaranya sendiri. Pada ketika ini, projek CNGF telah lewat 5 tahun dari jadual.[14] Financial Times menyimpulkan pertikaian utama antara negara rakan kongsi:[15]
Ia mengakibatkan pembinasa Type 45 dipersenjatai dengan sistem peluru berpandu PAAMS dan mendapat manfaat daripada pelaburan dalam projek Horizon. Projek Itali-PerancisItali dan Perancis meneruskan kerjasama mereka dalam projek Horizon. Pada September 2000, dua buah negara telah menandatangani satu kontrak untuk secara bersama membina empat buah kapal yang dilengkapi sistem peluru berpandu PAAMS.[16] Tentera Laut Itali telah memesan dua buah kapal, Andrea Doria dan Caio Duilio, bagi mengantikan kelas-Audace. Andrea Doria telah diterima pada 22 Disember 2007 dan menerima panji Tentera Laut Itali. Keupayaan operasi penuh telah dicapai pada musim panas 2008. Tentera Laut Perancis juga memesan dua buah kapal, Forbin dan Chevalier Paul bagi mengantikan pengiring kapal pengangkut pesawat kelas-Suffren. Kos projek Perancis adalah €2.16bn (~AS$3bn) pada tahun 2009.[1] Tempahan dua buah kapal tambahan Horizon dibatalkan; sebaliknya dua buah kelas-Cassard akan digantikan oleh versi pertahanan udara FREDA dari frigat pelbagai peranan FREMM buatan Itali-Perancis. Perancis telah membeli 40 buah Aster 15 dan 80 buah Aster 30 untuk kapal-kapal mereka.[1] Bagi kapal-kapal milik Itali, tiga buah meriam akan dinaiktaraf ke versi Super Rapid Multi Feeding David/Strales 76 mm/62 dengan kapasiti untuk menggunakan projektil panduan DART dalam peranan anti peluru berpandu.[17] Kapal-kapal dalam kelas
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Information related to Frigat kelas Horizon |