Otomat[2] adalah sebuah peluru berpandu anti kapal dan peluru berpandu pertahanan pantai yang dibangunkan oleh syarikat Itali, Oto Melara bersama dengan Matra dan kini dikeluarkan oleh MBDA.[3] Namanya untuk versi pertama diterbitkan daripada nama dua buah pengeluarnya iaitu ("Oto Melara" dan "Matra") dan versi selepasnya, Teseo, daripadsa perkataan Itali untuk Theseus. Versi MILAS pula adalah untuk peluru berpandu anti kapal selam.
Versi terkini, Mk/2E telah dibeli oleh Tentera Laut Itali sebagai peluru berpandu anti kapal jarak sederhana dan peluru berpandu serangan darat.[4]
Mesir = 135 (25 Otomat Mk 1 diserahkan antara tahun 1975/1976 untuk FAC October; 50 Otomat Mk 1 diserahkan antara 1981/1982 untuk FAC Ramadan; 60 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1980/1981 untuk sistem pertahanan pantai)[perlu rujukan]
Itali = kira-kira 200, tidak dapat disahkan (48 Otomat Mk 1 dijual pada akhir tahun 1976 untuk frigat kelas Lupo; 48 Otomat Mk 2 pada 1976 untuk frigat kelas Maestrale; 38 Otomat Mk 2 Block IVA / Teseo dibeli pada 2006);[perlu rujukan]
Kenya = 20 (Otomat Mk 2 diserahkan pada 1987 untuk FAC Province - Nyayo)[perlu rujukan]
Libya = 120 (30 Otomat Mk 1 diserahkan antara 1979/1981 untuk 4 korvet Wadi; 80 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1982/1984 untuk FAC Combattante-2G Type - Beir; 10 Otomat Mk 2 diserahkan pada 1984 untuk frigat Dat Assawari)[perlu rujukan]
Malaysia = 48 (12 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1998/2000 untuk korvet kelas Laksmana - Assad; 12 Otomat Mk 2 diserahkan pada 2000 untuk korvet kelas Laksamana - Assad; 24 Otomat Mk 2 diserahkan antara 2002/2004 untuk korvet kelas Laksamana - Assad)[perlu rujukan]
Nigeria = 40 (25 Otomat Mk 1 diserahkan antara 1980/1981 untuk FAC FPB-57 Type - Ekpe; 15 Otomat Mk 1 diserahkan pada 1982 untuk frigat MEKO-360 - Aradu)[perlu rujukan]
Peru = 81 (60 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1979/1987 untuk frigat Lupo - Carvajal; 15 Otomat Mk 2 diserahkan pada 1988 untuk penjajap De Ruyter - Almirante Grau; 6 Otomat Mk 2 diserahkan pada 1998)[perlu rujukan]
Arab Saudi = 225 (70 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1985/1986 untuk frigat F-2000S - Madina; 155 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1987/1988 untuk sistem pertahanan pantai)[perlu rujukan]
Venezuela = 140 (15 Otomat Mk 1 diserahkan pada 1975 untuk 3 FAC Constitucion; 100 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1980 hingga 1982 untuk frigat Lupo - Sucre; 14 Otomat Mk 2 diserahkan antara 1992 hingga 1993 dalam perjanjian $17 juta; 11 Otomat Mk 2 diserahkan pada 2000)[5]