2003-11-16[2] Ia telah dikodnamakan Yarrow. Fedora Core 1 adalah berdasarkan Red Hat Linux 9 dan diedarkan dengan versi inti Linux 2.4.19, versi persekitaran atas meja GNOME 2.4, dan K Desktop Environment 3.1.[3]
Salah satu objektif utama Fedora ialah bukan sahaja diisi dengan perisian yang diedarkan di bawah lesen bebas dan sumber terbuka, malah mahu menjadi pendahulu bagi teknologi-teknologi sebegitu.[5][6] Para pembangun Fedora lebih suka membuat perubahan upstream berbanding membuat pembaikan khusus untuk fedora sahaja, lantas memastikan kemaskinian mereka dapat diperolehi oleh semuah edaran Linux.[7]
Jika dibandingkan dengan sistem pengendalian bukan Linux yang lebih arus perdana, kitar hayat Fedora adalah lebih pendek. Versi X akan diselenggara sehingga sebulan selepas versi X+2 dibebaskan. Dengan sela 6 bulan antara keluaran, tempoh penyelenggaraannya amat pendek, yakni 13 bulan bagi setiap versi.[8] Hatta boleh menimbulkan masalah bagi mereka yang ingin menggunakan versi tertentu Fedora untuk pembangunan produk (contohnya sistem terbenam), di mana sokongan jangka panjang adalah lebih penting berbanding menyelenggara semakan termaju perisian tertentu.
Pada tahun 2008, Linus Torvalds, pengarang inti Linux, menyatakan bahawa dia menggunakan Fedora kerana ia mempunyai sokongan yang agak bagus untuk senibina pemproses PowerPC, yang digemarinya pada ketika itu.[9]
Menurut DistroWatch, Fedora merupakan sistem pengendalian berasaskan Linux yang ketiga terpopular dari November 2011, berada di belakang Mint dan Ubuntu, di samping disenaraikan sebagai edaran Linux berasaskan RPM yang terpopular.[10]
Sejarah
Projek Fedora telah dimulakan pada penghujung 2003, apabila Red Hat Linux diberhentikan.[11]Red Hat Enterprise Linux dijadikan satu-satunya edaran Linux yang disokong secara rasmi oleh Red Hat, sementara Fedora sebagai edaran komuniti.[11] Red Hat Enterprise Linux memecahkan keluarannya daripada versi-versi Fedora.[12]
Nama Fedora diterbitkan daripada Fedora Linux, sebuah projek sukarela yang membekalkan perisian tambahan untuk edaran Red Hat Linux, dan daripada fedora yang dipakai oleh logo "Shadowman" Red Hat. Warren Togami memulakan Fedora Linux pada tahun 2002 sebagai projek sarjana muda, bertujuan untuk menyediakan gedung tunggal untuk pakej perisian pihak ketiga yang diuji sebaiknya dengan niat supaya perisian bukan Red Hat akan lebih mudah ditemui, dibangun, dan digunakan. Perbezaan utama antara pendekatan Fedora Linux dan Red Hat Linux ialah pembangunan gedung Fedora adalah gotong-royong dengan komuniti sukarela global.[13] Fedora Linux lama-kelamaan masuk kedalam Projek Fedora, membawa sekali pendekatan gotong-royong ini.[14] Fedora ialah tanda dagangan milik Red Hat, yang sebelum ini dipertikaikan oleh para pencipta bagi perisian pengurusan gedung Fedora yang tiada kaitan dengan sistem pengendalian ini, namun hal ini telah diselesaikan.[15]
Keluaran
Versi terkini bagi Fedora ialah Fedora 16, berkod nama "Verne" yang telah dibebaskan pada 8 November 2011. Fedora 16 didedikasikan sebagi memperingati Dennis Ritchie, yang meninggal dunia sebulan sebelum keluaran ini dibebaskan.[16]
Fuduntu - Dioptimumkan untuk netbook, pembangunannya diketuai oleh pencipta Jupiter, Fewt. [32]
Fusion LinuxDiarkibkan 2017-09-18 di Wayback Machine - Remix Fedora yang menekankan pengguna komputer meja dan kebolehgunaan, menggunakan Linux Mint sebagai model
MythDora – berasaskan sekitar kebolehan pusat media MythTV.
Omega - Rahul Sundaram, Jurutera Komuniti Red Hat, telah mencipta remix Fedora dengan sokongan multimedia penuh termasuklah mainan semula MP3 dan DVD dengan menambah perisian daripada gedung perisian RPM Fusion dan Livna secara lalai.[33]
Red Hat Enterprise Linux – Linux perusahaan daripada Red Hat, yang bercabang daripada dasar Fedora terkini.
PLS Linux[34] Versi Fedora yang direka dan dibangunkan di Venezuela, yang mempunyai prestasi bagus dalam penyelesaian pengguna-pelayan, digunakan oleh Pentadbiran Awam (Kerajaan Venezuela).
Russian Fedora Remix - versi Fedora yang diadaptasi untuk Rusia. Ia mengandungi pemacu serta perisian hak milik.
Xange – (dahulunya Simplis dan Vixta) ialah sebuah edaran Linux atas meja berasaskan Fedora yang mudah digunakan, menampilkan atas meja KDE.
ASPLinux – sebuah edaran berasaskan Fedora Rusia. ASPLinux juga menyertakan pemacu bersumber tertutup NVIDIA dan ATI, serta menyokong codec audio dan video yang berhak milik.[35]
Fox Linux – buatan Itali, tugas pengkomputan asas di rumah seperti melayari Web, menulis dan mencetak dokumen, menggunakan multimedia serta melebur cakera.
Linpus - dibuat oleh syarikat Taiwan, Linpus Technologies untuk pasaran Asia.
Linux XP – sebuah edaran Linux komersial yang bermatlamat untuk menggantikan Windows XP sebagai sistem pengendalian ataas meja untuk kegunaan rumah.
Nusantara – sebuah edaran Linux yang disokong oleh Kementerian Teknologi Indonesia sebagai sebuah sistem pengendalian atas meja.[38]
Open Discovery - Sebuah Pelantar Biomaklumat Berprestasi Tinggi bersepadu.