Enggang sangkakala (Bycanistes bucinator) ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia dijumpai di Burundi, Mozambik, Botswana, Konggo, Pergunungan Pare Utara Tanzania, Kenya, jalur Kaprivi di Namibia, dan timur Afrika Selatan. Habitat semulajadinya ialah hutan malar hijau tropika.
Pemerihalan
Ia bersaiz sederhana, dengan panjang antara 58 dan 65 cm (23 dan 26 in), dicirikan oleh cula kelabu yang besar pada paruhnya, lebih kecil pada betina. Matanya perang atau merah, dengan kulit sekelilingnya jambu. Jisim badannya ialah antara 0.45 dan 1 kg (0.99 dan 2.20 lb).[2] Ia mirip enggang pipi perak. Ciri yang membezakannya termasuklah belakang serba hitam, perut dan bulu susup sayap bawah putih (dalam penerbangan, sayap menunjukkan hujung putih), dan kulit muka merah.
Tingkah laku
Ia ialah burung yang suka berkawan, biasanya hidup dalam kumpulan dua hingga lima individu, walaupun kadang-kadang sebanyak lima puluh ekor.
Habitat dan taburan
Ia penetap biasa tempatan di hutan malar hijau tropika Burundi, Mozambique, Botswana, Congo, Pergunungan Pare Utara Tanzania, Kenya, jalur Caprivi Namibia dan timur Afrika Selatan.
Pemakanan
Ia memakan buah-buahan dan serangga besar.
Pembiakan
Seperti enggang lain, betina mengeram empat hingga lima biji telur putih sambil berkurung di dalam petak sarang.
Status pemuliharaan
Ia dinilai sebagai Kurang Membimbangkan dalam Senarai Merah Spesies Terancam IUCN kerana ia tersebar luas di seluruh julat besarnya.[1]
Galeri
Rujukan
|
---|
Bycanistes bucinator | |
---|
Buceros bucinator | |
---|